Bagaimana untuk mendapatkannya
Katil yang mengikut tumbesaran anak anda – panjang dan bergaya. Anda hanya menarik keluar katil dan menggantikan kepala katil apabila anda ingin menukar ekspresi. Dan rel pengadang yang disertakan melindungi anak anda.
Butiran produk
Reka bentuk tak lapuk dek zaman dengan sudut membulat dan lembut serta permukaan kalis calar bermakna katil akan bertahan selama bertahun-tahun.
Rupa katil boleh diubah dengan mudah dengan memilih kepala katil daripada warna yang berbeza-beza.
Katil membesar seiring anak anda, tetapi masih lagi mengekalkan perkadarannya kerana adanya reka bentuk bijak pada panel sisi.
Anda tidak perlu mengawasi bahagian yang diperlukan untuk memanjangkan katil kerana ia disertakan dan dilekapkan pada rangka.
Kepala katil mudah dipasang pada rangka katil boleh dipanjangkan SLÄKT.
Dasar katil berbilah terletak kukuh kerana adanya cangkuk yang anda pasang pada rangka katil.
Bilah melengkung dengan rasa berenjut melaras mengikut berat badan anda dan mewujudkan dasar yang anjal untuk tilam.
Bilah dijarakkan bagi menyediakan sokongan yang baik untuk tilam spring dan juga busa.
Pengukuran
- Panjang minimum: 135 cm
- Panjang maksimum: 205 cm
- Lebar: 91 cm
- Tinggi kepala katil: 71 cm
- Tinggi hujung katil: 46 cm
- Panjang tilam: 200 cm
- Lebar tilam: 80 cm
- Tinggi ruang di bawah katil: 22 cm
- Muatan maksimum: 100 kg