Langkau ke kandungan utama

Polisi pemulangan

Tak mengapa jika anda berubah fikiran

Tak mengapa jika anda berubah fikiran. Jika anda tidak berpuas hati dengan pembelian IKEA anda boleh pulangkannya dalam tempoh 365 hari, berserta bukti pembelian, bagi bayaran balik sepenuhnya. Bayaran balik akan diberikan dalam bentuk bayaran asal yang digunakan untuk pembelian itu.

Suka atau tukar

Berkenaan tilam, kami tawarkan sesuatu yang istimewa. Penting bagi kami yang anda sukakan tilam baharu anda. Jadi, jika anda mendapati ia terlalu padat atau terlalu lembut, hanya bawa kembali tilam itu dan cuba yang baharu. Tak perlu terburu-buru. Dengan syarat pihak IKEA mendapati barang itu tidak kotor, bertanda, rosak atau disalah guna.

Polisi pemulangan tanpa kerenah

Pulangkan barang yang belum dipasang di dalam bungkusan asal dalam tempoh 365 hari, berserta resit untuk penukaran atau bayaran balik sepenuhnya.

  • Bayaran balik akan dibayar dengan cara bayaran yang sama seperti bayaran asal.
  • Pembelian secara tunai: dibayar balik secara tunai.
  • Pembelian secara kad kredit: kredit akan diberi kepada kad asal. Kad asal mesti dikemukakan semasa pemulangan.


Polisi pemulangan 365 hari kami tidak termasuk potongan fabrik, tumbuhan, linen katil yang dibuka, perkakasan dapur, produk dari As-Is, atau barangan ditempah mengikut spesifikasi anda seperti permukaan kerja ditempah khas dan produk yang rosak selepas meninggalkan gedung.

Anda mungkin berminat dengan