Jaminan
Kami yakin dengan kualiti produk kami dan banyak produk kami dilindungi oleh jaminan. Di bawah adalah senarai semua jaminan kami.
Untuk pengetahuan:
Jaminan kami bermula pada hari pembelian. Apabila membuat tuntutan, anda memerlukan resit pembelian asal sebagai bukti pembelian.
Bilik mandi
Sistem perabot GODMORGON
Berapa lama jaminan ini sah?
Jaminan bagi produk GODMORGON dinyatakan di atas berkuatkuasa selama sepuluh (10) tahun dan sah dari tarikh pembelian.
Apa yang dilindungi di bawah jaminan ini?
Jaminan ini meliputi kegunaan domestik sahaja dan kecacatan dalam bahan dan mutu kerja yang berikut:
- Perabot GODMORGON
- Kaki GODMORGON
Apa yang tidak dilindungi di bawah jaminan ini?
- Jaminan ini tidak termasuk permukaan kaunter TOLKEN ataupun produk yang telah disimpan, atau salah pasang, salah guna, diubah suai atau dibersihkan dengan cara mencuci atau produk mencuci yang salah.
- Jaminan ini tidak termasuk kesan haus dan lusuh, kesan potong, calar atau kerosakan disebabkan impak atau kemalangan.
- Jaminan ini tidak sah jika produk telah digunakan untuk kegunaan awam, di luar rumah atau di persekitaran mengakis.
- Jaminan ini tidak termasuk kerosakan yang sengaja atau tidak sengaja.
Singki dan paip campuran bilik mandi
Berapa lama jaminan ini sah?
Jaminan untuk singki dan paip campuran bilik mandi dibeli di IKEA berkuatkuasa selama sepuluh (10) tahun dan sah dari tarikh pembelian. Resit pembelian asal diperlukan sebagai bukti pembelian.
Apa yang dilindungi di bawah jaminan ini?
Jaminan ini sah untuk semua singki bilik mandi termasuk perangkap air dan paip campuran di IKEA. Jaminan ini hanya untuk kegunaan domestik dan termasuk kecacatan bahan dan mutu kerja di semua singki dan paip campuran bilik mandi. Semua produk kami diuji melebihi semua standard antarabangsa yang relevan dan kami hanya menggunakan komponen jenama terkemuka bagi memastikan janji jaminan 10 tahun kami.
Apa yang tidak dilindungi di bawah jaminan ini?
- Jaminan ini tidak termasuk kesan haus dan lusuh biasa, potongan atau calar, atau kerosakan disebabkan oleh impak, kemalangan atau kotoran bawaan air. Ia juga tidak termasuk penapis/pengudara paip campuran yang sepatutnya kerap dicuci atau diganti apabila lusuh. Ikuti arahan pemasangan dan arahan penjagaan dengan baik.
- Jaminan ini tidak termasuk produk yang telah disimpan, atau salah pasang, salah guna, diubah suai atau dibersihkan dengan cara mencuci atau produk mencuci yang salah.
- Jaminan ini tidak sah jika produk telah digunakan untuk kegunaan awam, di luar rumah atau di persekitaran mengakis. Jaminan ini tidak termasuk kerosakan tanpa sengaja.
Pengadun pancuran bilik mandi dan aksesori
Berapa lama jaminan ini sah?
Jaminan pengadun pancuran bilik mandi dibeli di IKEA berkuatkuasa selama sepuluh (10) tahun dan sah dari tarikh pembelian. Resit pembelian asal diperlukan sebagai bukti pembelian.
Apa yang dilindungi di bawah jaminan ini?
Jaminan ini sah untuk semua pengadun pancuran termostatik bilik mandi di IKEA. Jaminan ini hanya untuk kegunaan domestik dan termasuk kecacatan bahan dan mutu kerja di semua pengadun pancuran bilik mandi. Semua produk kami diuji melebihi semua standard antarabangsa yang relevan dan kami hanya menggunakan komponen jenama terkemuka bagi memastikan janji jaminan 10 tahun kami.
- Pengadun termostatik BROGRUND, VOXNAN dan VALLAMOSSE
Berapa lama jaminan ini sah?
Jaminan tiga (3) tahun ini sah untuk produk-produk di bawah yang dibeli di IKEA dan sah dari tarikh pembelian. Resit pembelian asal diperlukan sebagai bukti pembelian.
BROGRUND dan VOXNAN
- Kepala pancuran
- Pancuran tangan
- Hos pancuran
- Rel penaik
- Para pancuran
VALLAMOSSE
- Pancuran tangan
- Hos pancuran
- Rel penaik
KOLSJÖN
- Pendakap tempat letak pancuran tangan
- Hos pancuran
Apa yang tidak dilindungi di bawah jaminan ini?
- Jaminan ini tidak termasuk kesan haus dan lusuh biasa, potongan atau calar, atau kerosakan disebabkan oleh impak, kemalangan atau kotoran bawaan air. Ikuti arahan pemasangan dan arahan penjagaan dengan baik.
- Jaminan ini tidak termasuk produk yang telah disimpan, atau salah pasang, salah guna, diubah suai atau dibersihkan dengan cara mencuci atau produk mencuci yang salah.
- Jaminan ini tidak sah jika produk telah digunakan untuk kegunaan awam, di luar rumah atau di persekitaran mengakis. Jaminan ini tidak termasuk kerosakan tanpa sengaja.
Bilik tidur
Tilam
Apa yang dilindungi di bawah jaminan ini?
Jaminan ini meliputi kecacatan bahan dan mutu kerja dalam komponen tilam dan/atau dasar katil berikut bermula dari tarikh pembelian dari IKEA. Resit pembelian asal diperlukan sebagai bukti pembelian. Jaminan ini hanya sah bagi kegunaan domestik sahaja.
- Spring di dalam tilam spring.
- Teras busa di dalam tilam busa.
- Rangka kayu, bilah dan spring di dalam dasar tilam.
- Rangka kayu dan bilah di dalam dasar katil berbilah.
Produk apa yang tidak dilindungi di bawah jaminan ini?
Jaminan ini tidak sah bagi: Semua pelapik tilam, tilam BEITO, tilam katil sofa dan tilam kanak-kanak.
Almari dan pengatur dalaman PAX/KOMPLEMENT
Apa yang dilindungi di bawah jaminan ini?
Jaminan ini sah hanya bagi kegunaan domestik storan pakaian dan kasut dan meliputi kecacatan bahan dan mutu kerja di dalam komponen almari dan pengatur dalaman PAX/KOMPLEMENT berikut:
- Rangka
- Pintu berengsel dan engsel
- Pembahagi rangka dan sisipan para bagi rangka
- Pintu gelangsar dan mekanisme pintu gelangsar
- Pengatur dalaman KOMPLEMENT
Jaminan ini hanya sah bagi kegunaan domestik sahaja. Resit pembelian asal diperlukan sebagai bukti pembelian.
Produk apa yang tidak dilindungi di bawah jaminan ini?
Sisipan KOMPLEMENT bagi barang kemas, Sisipan KOMPLEMENT dengan 4 kompartmen, sisipan KOMPLEMENT dengan kompartmen, pembahagi KOMPLEMENT bagi dulang tarik, kotak KOMPLEMENT, alas laci KOMPLEMENT dan cermin tarik KOMPLEMENT dengan cangkuk.
Apa yang tidak dilindungi di bawah jaminan ini?
- Jaminan ini tidak termasuk produk yang telah disimpan, atau salah pasang, salah guna, diubah suai atau dibersihkan dengan cara mencuci atau produk mencuci yang salah.
- Jaminan ini tidak termasuk kesan haus dan lusuh, kesan potong, calar atau kerosakan disebabkan impak atau kemalangan.
- Jaminan ini tidak sah jika produk telah digunakan di luar rumah atau di persekitaran lembap e.g. bilik mandi.
- Jaminan ini tidak termasuk kerosakan yang sengaja atau tidak sengaja.
Memasak
Perkakas memasak keluli karbon VARDAGEN
Apa yang dilindungi di bawah jaminan ini?
Kehidupan seharian di rumah meletakkan keperluan tinggi terhadap peralatan memasak. Peralatan memasak keluli karbon VARDAGEN diuji dengan teliti supaya berdaya tahan untuk penggunaan seharian. Kami menjamin fungsi peralatan memasak keluli karbon VARDAGEN selama 25 tahun. Ini bermakna bahawa ianya akan terus berfungsi seperti yang ketika ianya masih baru, dengan syarat bahawa cara penjagaan kami diikuti dan ianya digunakan hanya untuk penggunaan biasa (memasak dan mencuci sekali sehari). Jaminan fungsi, bahan dan pembuatan ini tertakluk pada terma dan syarat yang dinyatakan dalam jaminan ini.
Apa yang tidak dilindungi di bawah jaminan ini?
Tiada pengecualian.
Perkakas memasak besi VARDAGEN
Apa yang dilindungi di bawah jaminan ini?
Kehidupan seharian di rumah meletakkan keperluan tinggi terhadap peralatan memasak. Peralatan memasak besi VARDAGEN diuji dengan teliti supaya berdaya tahan untuk penggunaan seharian. Kami menjamin fungsi peralatan memasak besi VARDAGEN selama 25 tahun. Ini bermakna bahawa ianya akan terus berfungsi seperti yang ketika ianya masih baru, dengan syarat bahawa cara penjagaan kami diikuti dan ianya digunakan hanya untuk penggunaan biasa (memasak dan mencuci sekali sehari). Jaminan fungsi, bahan dan pembuatan ini tertakluk pada terma dan syarat yang dinyatakan dalam jaminan ini.
Apa yang tidak dilindungi di bawah jaminan ini?
Tiada pengecualian.
Perkakas memasak SENSUELL
Apa yang dilindungi di bawah jaminan ini?
Kehidupan seharian di rumah meletakkan keperluan tinggi terhadap peralatan memasak. Peralatan memasak SENSUELL diuji dengan teliti supaya berdaya tahan untuk penggunaan seharian. Kami menjamin fungsi peralatan memasak besi SENSUELL selama 25 tahun. Ini bermakna bahawa ianya akan terus berfungsi seperti yang ketika ianya masih baru, dengan syarat bahawa cara penjagaan kami diikuti dan ianya digunakan hanya untuk penggunaan biasa (memasak dan mencuci sekali sehari). Jaminan fungsi, bahan dan pembuatan ini tertakluk pada terma dan syarat yang dinyatakan dalam jaminan ini.
Apa yang tidak dilindungi di bawah jaminan ini?
Tiada pengecualian.
Perkakas memasak IKEA 365+
Apa yang dilindungi di bawah jaminan ini?
Jaminan ini meliputi fungsi, bahan dan mutu kerja dalam semua perkakas memasak dalam siri IKEA 365+. Jaminan ini termasuk:
- Kestabilan dasar. Dalam kata lain, dasar perkakas memasak kekal leper bagi mengalirkan haba secara cekap.
- Cucian di dalam mesin cuci pinggan domestik. Tiada kesan sampingan pada fungsi perkakas memasak keluli tahan karat. Sila maklum bahawa semua item dengan salutan tidak melekat mestilah dicuci dengan tangan.
- Ciri-ciri tidak melekat pada kuali tidak melekat. Ini bermakna perkakas memasak salutan tidak melekat IKEA 365+ mudah dicuci dan boleh digunakan dengan lemak yang minimum untuk memasak sekurang-kurangnya 5 tahun.
- Jaminan 15 tahun sah untuk semua periuk dan kuali IKEA 365+ tanpa salutan tidak melekat.
- Jaminan 5 tahun sah untuk semua periuk dan kuali IKEA 365+ dengan salutan tidak melekat.
Apa yang tidak dilindungi di bawah jaminan ini?
Tiada pengecualian.
Perkakas memasak VARDAGEN
pa yang dilindungi di bawah jaminan ini?
Kehidupan seharian di rumah meletakkan keperluan tinggi terhadap peralatan memasak. Peralatan memasak VARDAGEN diuji dengan teliti supaya berdaya tahan untuk penggunaan seharian. Kami menjamin fungsi peralatan memasak VARDAGEN selama 25 tahun. Ini bermakna bahawa ianya akan terus berfungsi seperti yang ketika ianya masih baru, dengan syarat bahawa cara penjagaan kami diikuti dan ianya digunakan hanya untuk penggunaan biasa (memasak dan mencuci sekali sehari). Jaminan fungsi, bahan dan pembuatan ini tertakluk pada terma dan syarat yang dinyatakan dalam jaminan ini.
Apa yang tidak dilindungi di bawah jaminan ini?
Tiada pengecualian.
Pisau IKEA 365+
Apa yang dilindungi di bawah jaminan ini?
Jaminan ini meliputi fungsi, bahan dan mutu kerja dalam semua pisau dalam siri pisau IKEA 365+. Jaminan ini meliputi:
- Ketajaman pisau. Pisau sepatutnya tajam semasa anda membelinya dan anda boleh pastikannya kekal tajam supaya ia boleh berfungsi dengan baik, setiap hari. Bilah pisau dibuat daripada keluli yang dikukuhkan supaya boleh menajamkan pisau kepada ketajaman asal bila-bila masa dalam tempoh jaminan.
- Pemegang tahan lama. Pemegang pisau sepatutnya tidak retak, pecah atau longgar daripada bilah sehingga pisau tidak boleh digunakan.
- Tidak akan ada karat pada bilah pisau.
- Jaminan 15 tahun sah bagi pisau tukang masak, pisau sayur, pisau raut lurus, pisau roti dan pencencang IKEA 365+.
Apa yang tidak dilindungi di bawah jaminan ini?
Tiada pengecualian.
Dapur
Sistem dapur METOD
Laci dapur, kabinet, hadapan, permukaan kerja dan singki
Berapa lama jaminan ini sah?
Jaminan sistem dapur METOD berkuatkuasa selama dua puluh lima (25) tahun dan sah dari tarikh pembelian. Resit pembelian asal diperlukan sebagai bukti pembelian.
Apa yang dilindungi di bawah jaminan ini?
Jaminan ini hanya untuk kegunaan domestik dan meliputi kecacatan bahan dan mutu kerja dalam sistem dapur METOD.
Jaminan ini meliputi semua bahagian sistem dapur METOD berikut:
- Rangka kabinet (kecuali TUTEMO dan HÖRDA)
- Hadapan
- Engsel UTRUSTA
- Laci panjang penuh MAXIMERA
- Para kaca bajaan dan melamina UTRUSTA
- Kaki dan ketapak
- Panel depan
- Jalur hiasan/acuan
- Permukaan kerja (kecuali LILLTRÄSK)
- Singki (kecuali singki FYNDIG)
- Pengetus pinggan UTRUSTA untuk kabinet dinding
- Rangka penyokong UTRUSTA untuk sisa
- Pulau dapur dan rak dapur TORNVIKEN/VADHOLMA
Laci FÖRVARA, bakul dawai UTRUSTA, TUTEMO, kabinet terbuka HÖRDA, TORNVIKEN dan VADHOLMA mempunyai jaminan 10 tahun.
Dapur KNOXHULT dan SUNNERSTA
Produk tidak dilindungi di bawah jaminan 25 atau 10 tahun
Tombol, pemegang, dapur KNOXHULT, dapur FYNDIG, singki FYNDIG dan permukaan kerja LILLTRÄSK.
Apa yang tidak dilindungi di bawah jaminan ini?
- Jaminan ini tidak termasuk kesan haus dan lusuh, kesan potong, calar atau kerosakan disebabkan impak atau kemalangan.
- Ikuti arahan pemasangan dan arahan penjagaan dengan baik.
- Jaminan ini tidak termasuk produk yang telah disimpan, atau salah pasang, salah guna, diubah suai atau dibersihkan dengan cara mencuci atau produk mencuci yang salah.
- Jaminan ini tidak termasuk kerosakan yang sengaja atau tidak sengaja.
Paip campuran dapur
Berapa lama jaminan ini sah?
Jaminan paip campuran dapur dibeli di IKEA berkuatkuasa selama sepuluh (10) tahun dan sah dari tarikh pembelian. Resit pembelian asal diperlukan sebagai bukti pembelian.
Apa yang dilindungi di bawah jaminan ini?
- Jaminan 10 tahun sah bagi semua paip campuran dapur di IKEA.
- Jaminan ini hanya bagi kegunaan domestik dan meliputi kecacatan dalam bahan dan mutu kerja dalam semua paip campuran dapur. Paip campuran kami diuji melangkaui semua standard antarabangsa yang relevan dan kami hanya menggunakan komponen jenama terkemuka bagi memastikan janji jaminan 10 tahun.
- Jaminan ini tidak termasuk kesan haus dan lusuh biasa, potongan atau calar, atau kerosakan disebabkan oleh impak, kemalangan atau kotoran bawaan air. Ia juga tidak termasuk penapis/pengudara paip campuran yang sepatutnya kerap dicuci atau diganti apabila lusuh. Ikuti arahan pemasangan dan arahan penjagaan dengan baik.
- Jaminan ini tidak termasuk produk yang telah disimpan, atau salah pasang, salah guna, diubah suai atau dibersihkan dengan cara mencuci atau produk mencuci yang salah.
- Jaminan ini tidak sah jika produk telah digunakan untuk kegunaan awam, di luar rumah atau di persekitaran mengakis. Jaminan ini tidak termasuk kerosakan tanpa sengaja.
Perkakas TILLREDA
Berapa lama jaminan ini sah?
Perkakas TILLREDA mempunyai jaminan dua (2) tahun, sah dari tarikh pembelian asal.
Apa yang dilindungi di bawah jaminan ini?
Jaminan ini meliputi kerosakan perkakas, yang diakibatkan daripada pembinaan yang rosak atau kerosakan bahan dari tarikh pembelian di IKEA. Jaminan ini hanya bagi kegunaan domestik.
Perkakas mana yang dilindungi di bawah jaminan ini?
Jaminan percuma dua (2) tahun sah bagi semua perkakas dapur domestik IKEA dan meliputi kecacatan bahan dan mutu kerja.
Resit pembelian asal diperlukan sebagai bukti pembelian.
Apa yang tidak dilindungi di bawah jaminan ini?
Kerosakan sengaja atau kecuaian, kerosakan disebabkan kegagalan mengikuti arahan operasi, pemasangan yang salah atau sambungan ke voltaj yang salah, kerosakan diakibatkan oleh reaksi kimia atau elektrokimia, karat, kakisan atau kerosakan air termasuk tapi tidak terhad kepada kerosakan disebabkan salutan melampau di dalam bekalan air, kerosakan diakibatkan oleh keadaan persekitaran yang luar biasa.
- Bahan gunaan termasuk bateri dan lampu
- Bahagian tidak berfungsi dan bahagian hiasan yang tidak menjejaskan kegunaan normal perkakas, termasuk sebarang calar dan kemungkinan perbezaan warna
- Kerosakan tidak sengaja oleh objek asing atau bahan dan mencuci atau membersihkan penapis, sistem pengaliran atau laci sabun
- Kerosakan pada bahagian berikut: kaca seramik, aksesori, pinggan mangkuk dan bakul kutleri, paip masuk dan pengaliran, penutup, lampu dan penutup lampu, skrin, tombol, bekas dan bahagian bekas. Melainkan kerosakan boleh dibuktikan akibat kecacatan penghasilan
- Kes dengan tiada kecacatan ditemui semasa diperiksa juruteknik
- Pembaikian tidak dibuat oleh pembekal khidmat yang kami lantik dan/atau rakan kongsi kontrak khidmat yang disahkan atau apabila bahagian bukan asli telah digunakan
- Pembaikian diakibatkan oleh pemasangan yang salah atau tidak mengikut spesifikasi
- Penggunaan perkakas di persekitaran bukan domestik i.e kegunaan profesional
- Kerosakan pengangkutan. Jika pelanggan membawa produk ke rumah mereka atau alamat lain, IKEA tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan yang berlaku semasa membawa pulang. Namun, jika IKEA menghantar produk ke alamat penghantaran pelanggan, kerosak pada produk yang berlaku semasa penghantaran akan dilindungi oleh IKEA, (tetapi bukan di bawah jaminan ini). Bagi tuntutan di bawah syarat khas terakhir ini pelanggan perlu menghubungi Khidmat Pelanggan IKEA di IKEA.my
- Kos bagi pemasangan awal perkakas IKEA
Ruang tamu
Sofa & kerusi berlengan
10 tahun
Apa yang dilindungi di bawah jaminan ini?
Jaminan ini tertakluk pada kegunaan domestik sahaja dan meliputi kerosakan pada bahan dan pembuatan pada rangka dan kusyen tempat duduk dan belakang.
Apa yang tidak dilindungi di bawah jaminan ini?
Jaminan ini tidak tertakluk pada:
• Sarung fabrik
• Sarung kulit
• Sarung fabrik salut
• Kusyen POÄNG
Produk dan bahagian yang tidak dilindungi di bawah jaminan ini?
• Jaminan ini tidak tertakluk pada produk yang telah disimpan, dipasang atau tersalah pasang, digunakan secara tidak sesuai, disalahgunakan, diubah atau dicuci menggunakan kaedah pencucian atau produk pencuci yang salah.
• Jaminan tidak meliputi haus dan lusuh biasa, terpotong, tercalar, atau kerosakan diakibatkan oleh impak atau kemalangan.
• Jaminan ini tidak tertakluk pada produk jika diletakkan di luar atau di dalam persekitaran yang lembap.
• Jaminan ini tidak meliputi kerosakan lanjutan atau tak sengaja.
Sofa STOCKHOLM
25 tahun
Apa yang dilindungi di bawah jaminan ini?
Jaminan ini tertakluk pada kegunaan domestik sahaja dan meliputi kerosakan pada bahan dan pembuatan pada:
• rangka
• kusyen tempat duduk dan belakang
Pada produk-produk berikut:
• Sofa 3 tempat duduk STOCKHOLM
• Sofa STOCKHOLM 2017
Storan
Sistem Storan BROR
Apa yang dilindungi di bawah jaminan ini?
Jaminan ini meliputi kecacatan pada bahan-bahan, mutu kerja dan fungsi pada kesemua bahagian-bahagian utama di dalam sistem storan BROR daripada tarikh ianya dibeli dari IKEA.
Apa yang tidak dilindungi di bawah jaminan ini?
Jaminan ini tidak termasuk produk-produk seperti di bawah:
- Troli BROR
- Bangku kerja BROR
- Penyekat para BROR
- Para-para BROR
- Pemegang alatan BROR
Sebagai tambahan, jaminan ini tidak termasuk kesan haus dan lusuh, atau kerosakkan atas sebab pemasangan yang salah, salah guna atau penjagaan yang terabai.
Ruang kerja dan perabot pejabat
Meja dan storan BEKANT, GALANT dan HÄLLAN
Apa yang dilindungi di bawah jaminan ini?
Jaminan termasuk kecacatan bahan, mutu kerja dan fungsi pada semua bahagian utama di siri meja BEKANT, sistem storan GALANT dan kabinet HÄLLAN bermula dari tarikh pembelian di IKEA.
Apa yang tidak dilindungi di bawah jaminan ini?
- Para atas meja BEKANT
- Tabir BEKANT
Bidai bergulung bermotor
FYRTUR & ADRILJ
Apa yang dilindungi di bawah jaminan ini?
Dengan bidai bergulung bermotor kami, anda akan dapat mengawal lampu dari tempat tidur anda, atau dari tempat lain! Terima kasih pada alat kawalan jauh atau aplikasi IKEA TRADFRI, kini beberapa bidai tanpa wayar kami dapat dikawal pada masa yang sama atau secara berasingan.
Kerusi kerja
Apa yang dilindungi di bawah jaminan ini?
Jaminan termasuk kecacatan bahan dan mutu kerja pada bahagian kerusi kerja berikut:
- Rangka struktur
- Bahagian bergerak
Produk apa yang dilindungi di bawah jaminan ini?
MARKUS, LÅNGFJÄLL, HATTEFJÄLL, ALEFJÄLL, JÄRVFJÄLLET, TROLLBERGET, FLINTAN dan FJÄLLBERGET
Resit pembelian asal diperlukan sebagai bukti pembelian.
Apa yang tidak dilindungi di bawah jaminan ini?
- Jaminan ini tidak termasuk produk yang telah disimpan, atau salah pasang, salah guna, diubah suai atau dibersihkan dengan cara mencuci atau produk mencuci yang salah.
- Jaminan ini tidak termasuk kesan haus dan lusuh, kesan potong, calar atau kerosakan disebabkan impak atau kemalangan.
- Jaminan ini tidak sah jika kerusi kerja telah diletakkan di luar rumah atau di persekitaran lembap.
- Jaminan ini tidak termasuk kerosakan yang sengaja atau tidak sengaja.