Bilik tidur
Ruang baharu kegemaran anda di rumah.
Bilik tidur yang sempurna bukan lagi satu mimpi. Kami boleh membantu anda mendapatkan tidur malam yang nyenyak di atas katil yang selesa dan memberikan penyelesaian untuk keperluan storan anda dengan perabot bilik tidur yang bergaya. Tambah pencahayaan untuk menetapkan suasana dan tekstil yang lembut untuk menyelubungi diri dan menjadi lebih selesa. Impian anda kini boleh menjadi realiti.
Tambahan pula, seandainya anda berubah fikiran, itu tidak mengapa. Produk kami, termasuk tilam boleh anda pulangkan dalam tempoh 365 hari. Tertakluk pada syarat.
Kategori dalam bahagian ini
Tilam IKEA mudah untuk anda bawa pulang kerana ia dibungkus bergulung*! Ini menjimatkan ruang dan kos pengangkutan, lantas membolehkan kami mengurangkan jejak karbon dengan adanya sedikit trak bergerak di jalan raya. Dengan demikian penjimatan kos dapat dimanfaatkan kepada anda dan tilam baharu anda boleh dibawa pulang dengan lebih mudah. Ia adalah situasi sama menang untuk anda dan terhadap persekitaran. Tambahan pula, tilam kami mempunyai jaminan 25 tahun!
** Tilam yang dibungkus bergulung: HÖVÅG, HAMARVIK, HUSVIKA, MOSHULT, MALFORS, MALVIK.
Semak imbas famili kegemaran kami
Sorotan
Storan untuk bilik tidur anda
Pengenalan kepada PAX! Sistem almari pakaian yang benar-benar sesuai dengan anda. Anda boleh memilih segala-galanya dari segi saiz, warna dan gaya, seterusnya pintu - gelangsar atau berengsel - dan akhir sekali penyusun atur dalaman. Tempat menyimpan barangan tidak pernah menjadi sangat bergaya seperti ini.