Restoran Sweden
Restoran, Bistro dan Kafe kami dibuka untuk anda menjamu selera. Lihat di sini waktu buka gedung, makan di restoran dan butiran-butiran lain sebelum datang berkunjung.
Perkhidmatan Klik & Ambil tersedia ada untuk hidangan IKEA kegemaran anda dari Restoran Sweden kami, cara baharu lagi mudah untuk mengambil pesanan hidangan pilihan anda di gedung IKEA terdekat anda.
Kekal selamat, kekal berinspirasi.
Dengan perkhidmatan Klik & Ambil, keinginan anda untuk menikmati Hidangan IKEA kegemaran anda boleh dipenuhi dengan mudah!
Waktu Operasi (Untuk semua gedung IKEA): 10pg. - 8.30mlm.
Lokasi tempat pengambilan terletak di:
IKEA Cheras: Bistro, Tingkat G
IKEA Damansara: Bistro, Tingkat G
IKEA Tebrau: Bistro, Tingkat G
IKEA Batu Kawan: Kaunter Bakeri, Tingkat 1
Klik di sini dan tempah pesanan anda hari ini!
Festival Durian
Tersedia ada dari 1 - 31 Julai 2022.
Nikmati makanan anda dengan jejak iklim yang lebih rendah
Menu Berasaskan Tumbuhan: Promosi Tanpa Daging
Menu Makanan Di Restoran
Menu Kanak-kanak
Pencuci Mulut
Sarapan
Bawa Pulang Makanan & Minuman IKEA Kegemaran Anda
Semua kopi yang kami hidang dan jual di Kedai Khas Makanan, Bistro, Restoran dan Kafe Sweden semuanya organik dan disahkan UTZ. Biji yang sedap itu telah lulus peraturan ketat dan bebas untuk pastikan standard tanaman lestari dan keadaan yang sesuai untuk para pekerja. Anda boleh jejak asal-usul kopi yang anda beli di utzcertified.org/ikea.
Selain daripada kopi, kami juga ada menjual makanan-makanan enak seperti biskut, coklat, kek, gula-gula dan pelbagai jenis makanan yang sesuai dipasangkan dengan minum petang ataupun waktu snek pada bila-bila masa sahaja.
Seperkara Lagi Sebelum Anda Pulang
Jika anda terasa seperti ingin mengunyah sesuatu selepas aktiviti membeli-belah yang memenatkan, segarkan diri anda di Bistro IKEA kami. Dapatkan hotdog ayam anda panas-panas dan segarkan semula diri anda dengan pelbagai pilihan minuman, atau nikmati aiskrim vanilla yang enak.
Bersama-sama kita boleh menghentikan penularan Covid-19 dengan mengamalkan langkah-langkah keselamatan yang wajar pada setiap masa.
- Pelanggan perlu memakai penutup muka dan hidung, mengekalkan jarak sejauh 1 meter antara satu sama lain, dan menggunakan pensanitasi tangan.
- Rakan sekerja perlu memakai penutup muka dan hidung serta sarung tangan, mengekalkan jarak sejauh 1 meter antara satu sama lain, membasuh tangan dengan sabun dan menggunakan pensanitasi tangan secara kerap.