Langkau ke kandungan utama
Langkau ke senarai produk

Almari pakaian

Perhatian semua pengumpul kasut sniker, penggemar denim, penyimpan kemeja-T dan pengumpul topi. Walau apa pun yang anda suka kumpul, rangkaian almari kami ada ruang untuk semuanya dengan gaya yang pastinya memenuhi cita rasa dan belanjawan anda.

Lihat Rangka katil, Almari berlaci dan Ambal kami untuk melengkapi Bilik tidur anda.

Kecil dari segi saiz, besar dari segi ruang

Anda pastinya terkejut betapa banyak yang anda boleh simpan di dalam almari pakaian KLEPPSTAD. Pilihan ini mempunyai pintu gelangsar, jadi anda boleh menggunakannya juga di ruang yang sempit.

Lihat semua almari pakaian pintu gelangsar
Almari pakaian KLEPPSTAD berwarna putih dengan kedua-dua pintunya terbuka, menunjukkan kemeja berwarna putih tergantung pada rel gantung. Kerusi berwarna hitam terletak di sebelahnya.
Salah satu sisi almari pakaian KLEPPSTAD berwarna putih dengan pintu gelangsarnya terbuka, menunjukkan lengan kemeja berwarna putih tergantung di dalamnya.
Lihat semua almari pakaian pintu gelangsar
Petua dan nasihat tentang cara mengatur almari pakaian untuk memudahkannya lagi untuk menyimpan dan menemui pakaian, kasut dan aksesori anda.

Memanfaatkan sebaik-baiknya almari pakaian

Mencari almari pakaian baharu atau ingin memanfaatkan sepenuhnya almari pakaian yang anda ada? Di sini ada banyak petua untuk membantu anda mengatur almari pakaian supaya anda dapat menemui pakaian dan aksesori anda dengan lebih mudah.

Lihat petua almari pakaian

Almari pakaian dan banyak lagi untuk penampilan terselaras

Anda boleh memilih perabot storan daripada suatu sistem supaya semuanya sepadan.

Sistem PLATSA – Storan bermodul dan fleksibel yang memanfaatkan sepenuhnya apa jua ruang
Sistem PAX – Storan peribadi yang membolehkan anda memilih betul-betul mengikut keinginan anda
Sistem BOAXEL – Storan terbuka yang mudah disesuaikan mengikut keperluan anda

Menyusun atur bilik tidur anda bukan bermaksud membuang segala perabot yang sedia ada untuk memuatkan perabot baru yang lebih besar. Padankan apa yang anda ada dengan perabot IKEA yang versatil sekarang. Buat pertimbangan pada setiap sudut dan ruang di bilik anda untuk mendapatkan bilik tidur yang teratur dan berfungsi.

Jika satu almari besar tidak dapat dimuatkan di bilik anda, dapatkan sahaja almari sudut L untuk mendapatkan yang terbaik daripada ruang simpanan anda. Sediakan juga satu ruang solek di situ dengan almari sudut atau almari bercermin agar anda mendapat privasi yang baik untuk bersiap pada setiap hari.

Mahu bersantai sambil melayari almari anda untuk memilih pakaian untuk hari ini? Sediakan bilik almari pakaian peribadi yang anda impikan agar bersiap-siap menjadi satu rutin yang lebih menyeronokkan. Pilih daripada rangkaian almari IKEA yang meluas, seperti set almari pakaian ataupun almari ruang depan. Kebanyakannya juga datang dengan lengkapan dalaman seperti rak atau para pakaian.

Dengan almari terbuka, pakaian dan aksesori anda dapat dipamerkan dengan jelas. Rancang sahaja gaya anda sambil berbaring untuk menjimatkan lebih masa pada esok hari. Anda juga boleh jimat kos dengan almari yang tidak berpintu, kerana anda tidak perlu membayar untuk banyak bahagian perabot. Oleh itu, almari terbuka ini juga akan menjimatkan ruang di dalam bilik anda.

Dapatkan juga cermin tinggi agar anda dapat bergaya dengan mudah sekali. Di IKEA, kami mempunyai pelbagai rangkaian almari bercermin khas untuk anda. Anda boleh pilih almari dengan pintu berengsel, atau dapatkan sahaja almari dengan pintu gelangsar bercermin yang dapat menjimatkan ruang di bilik tidur anda.

Anda masih menggemarkan gaya bilik tidur klasik dengan almari pintu berengsel yang mempunyai tombol dan pemegang? Pintu berengsel amat berguna kerana kedua-dua pintu dapat dibuka pada masa yang sama. Ini membolehkan anda menyimpan dan mengambil barangan bersaiz besar dengan lebih mudah berbanding dengan menggunakan almari dengan pintu gelangsar.

Walau bagaimanapun, anda sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk anda. Jadi, rancang almari pakaian anda sendiri mengikut kesesuaian dan keperluan di ruangan anda. Untuk bilik dengan ruangan yang terhad, sistem almari terbuka yang lengkap dengan para-para tinggi adalah ideal untuk meningkatkan penggunaan ruang tanpa penggunaan pintu. Ruang storan terbuka juga dapat mempamerkan barangan anda dengan mudah supaya anda tidak perlu lagi tercari-cari apa yang anda perlukan.

Untuk bilik yang besar, pilihlah almari sistem tertutup dengan dalaman yang lebih luas untuk memuatkan semua koleksi pakaian anda. Almari dengan pintu dapat melindungi semua pakaian dan aksesori anda daripada habuk, jadi anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk membuat pembersihan. Cipta almari pakaian yang khas untuk diri anda sekarang dengan perancang sistem storan maya IKEA.