Langkau ke kandungan utama

Hi!

Ia selamat untuk membeli-belah di IKEA. Gedung kami masih beroperasi semasa tempoh PKPB ini dengan pematuhan SOP. Klik untuk ketahui selanjutnya tentang langkah-langkah pencegahan kami yang ketat.

Anda boleh membeli-belah secara dalam talian dengan selesa dari rumah dengan penghantaran dan pemasangan tanpa sentuh kami. Hanya pilih sama ada Penghantaran dengan Trak mula daripada RM75 untuk penghantaran pada keesokan harinya ataupun Bungkusan pada hanya RM25. Rancang tarikh penghantaran anda lebih awal memandangkan permintaan mungkin agak tinggi berbanding biasa dan slot penghantaran tertakluk pada ketersediaan. Kami hargai kesabaran anda.

Makan di restoran juga dibenarkan di semua gedung. Nikmati diskaun 10% barangan makanan IKEA kegemaran anda dari Restoran IKEA dan Kedai Khas Makanan Sweden(tawaran tamat 30 Nov) apabila anda membuat pesanan untuk Makanan Bawa Pulang & Penghantaran melalui rakan kongsi kami dari Bungkusit dan GoGet. Lihat menu di sini.

Harmonikan rumah anda. #kekalselamatdudukrumah

Pemasangan

Produk kami direka khas supaya mudah dipasang, bagi memudahkan pelanggan kami lakukannya sendiri. Dengan ini, anda dapat jimatkan duit.

Namun, jika anda perlukan bantuan, kami boleh aturkan rakan niaga khidmat profesional untuk pasang produk anda. Pembungkusan akan dibawa pergi untuk dikitar semula, melainkan anda mahu simpannya, dan rumah anda kekal bersih dan kemas.


Membeli-belah di IKEA.my

Jika anda membuat pesanan secara dalam talian, kami menawarkan pilihan pemasangan berikut bersama dengan penghantaran trak. Anda boleh menempah perkhidmatan pemasangan semasa anda membuat pembayaran!

Jenis khidmat

Pemasangan perabot 10% dari harga asal produk1
Pemasangan kaki atau sarung untuk sofa RM9/modul sofa
Lekap dinding RM4.70 setiap lubang2

1. Termasuk pemasangan penahan rebah untuk tujuan keselamatan. Khidmat pemasangan tidak termasuk kerja-kerja elektrik dan perpaipan.
2. Bagi pesanan yang dibuat secara dalam talian, bayar terus kepada pembekal perkhidmatan.

Membeli-belah di gedung IKEA berdekatan anda

Bagi menempah perkhidmatan pemasangan di gedung kami, sila ke kaunter perkhidmatan atau kaunter penghantaran di Kawasan Khidmat pelanggan. Lihat maklumat lanjut di pilihan penghantaran di gedung IKEA.

Anda mungkin berminat dengan