Langkau ke kandungan utama

Penghantaran

Kebanyakan produk kami dipek secara leper dan direka bentuk sedemikian rupa supaya mudah dimuatkan ke dalam kereta anda. Walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk pembelian anda dihantar ke rumah, kami mempunyai pelbagai pilihan penghantaran untuk anda pilih semasa membeli-belah di IKEA.my atau di gedung IKEA berdekatan anda.

Jika anda membuat pesanan dalam talian, kami menawarkan pilihan penghantaran berikut. Penghantaran boleh dilakukan pada hari selepas anda membuat pesanan secara dalam talian, tertakluk pada ketersediaan.

Beli-belah dalam talian sekarang dan ambil di lokasi pengambilan  kami untuk pengalaman lebih mudah dan harga lebih murah. 

Untuk memudahkan pengalaman membeli-belah anda, IKEA Malaysia kini telah membuka pusat pengambilan di Kuantan. 

Fi
RM98 - Ambil di pusat pengambilan
RM163 - Penghantaran ke rumah anda di Kuantan

Mulakan beli-belah dalam talian anda dan ambil barangan anda di lokasi pengambilan, seperti di bawah:

IKEA - Kuantan Collection Point
L-01 (FB 1), TMG BIM Mall,Jalan IM/7/14, ​Bandar Indera Mahkota,​25200, Kuantan, Pahang.

* Setelah menerima notifikasi pengambilan, para pelanggan dikehendaki megambil pesanan dalam tempoh 5 hari.


Membeli-belah di IKEA.my

{{ this.definitions.postcode_enter }}
{{ this.parcel.title }}
{{ this.truck.title }}
{{ this.ccs.title }}
{{ this.cc.title }}
{{ this.assembly.title }}
{{ this.assembly.title }}
{{ this.definitions.tip_over }}

Bayaran perkhidmatan bagi penghantaran ke Semenanjung Malaysia

Penghantaran bungkusan
(Zon A, B, dan C)
RM25 

Penghantaran ke kawasan metropolitan akan mengambil masa 3 hari kerja manakala penghantaran ke kawasan di luar metropolitan akan mengambil masa 6 hari kerja.

*Pesanan dengan jumlah berat sehingga 24 kg, isi padu 84 liter dan sisi terpanjang item tidak melebihi 1.6 meter.

Penghantaran trak:
Zone A 
RM98

Zone B
RM163

Zone C
RM258

Untuk Semenanjung Malaysia, penghantaran biasanya mengambil masa 2-5 hari dari tarikh pesanan.

Lebih banyak maklumat tentang penghantaran:

  • Khidmat penghantaran kami ada tersedia di Semenanjung Malaysia, Pulau Pinang dan pulau utama Langkawi. Pulau-pulau kejiranan kecil Langkawi tidak termasuk dalam penghantaran trak kami.
  • Kami jugak tidak dapat menyediakan penghantaran trak & bungkusan ke pulau-pulau lain dan alamat-alamat peti PO.
  • Bayaran penghantaran trak kami akan dikira mengikut poskod anda dan zon penghantaran kami. Lihat semua zon penghantaran dan bayaran mengikut lokasi.

*Sila ambil perhatian bagi penghantaran trak, caj tambahan kadar rata sebanyak RM98 akan dikenakan sekiranya tidak terdapat kemudahan lif/produk tidak boleh dimuat ke dalam lif dan penghantaran terpaksa dilakukan menggunakan tangga untuk alamat penghantaran yang terletak di dalam bangunan dari tingkat 3 ke atas.

Perkhidmatan ini hanya disediakan sehingga tingkat 5 dan caj Perkhidmatan harus dibayar terus kepada Penyedia Perkhidmatan kami.

Di samping itu, sila ambil perhatian bahawa penghantaran adalah ke satu alamat kediaman atau pejabat persendirian. Id bertujuan untuk satu lokasi/satu bilik. Caj tambahan akan dikenakan bagi penghantaran ke bangunan dengan beberapa bilik berasingan walaupun ia adalah bagi satu alamat yang sama.

Sila juga ambil perhatian bahawa sepanjang musim perayaan utama*, sila berikan tambahan masa 1 – 3 hari bekerja untuk masa pemprosesan bagi penghantaran bungkusan ataupun trak kerana bilangan pesanan yang tinggi.
*Perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Puasa, Deepavali, Krismas, dll.

Bayaran perkhidmatan bagi penghantaran ke Sabah & Sarawak

Untuk Sabah & Sarawak, terdapat masa menunggu kira-kira 3-4 minggu sebelum pesanan dihantar.

Penghantaran bungkusan RM100
(termasuk penghantaran kapal)

*Pesanan dengan jumlah berat sehingga 24 kg, isi padu 84 liter dan sisi terpanjang item tidak melebihi 1.6 meter.

Penghantaran trak RM 675
(termasuk penghantaran kapal, hanya terdapat di Kuching, Miri dan Kota Kinabalu)
*Untuk 400 unit pertama; 400 unit seterusnya akan dikenakan kadar dua kali ganda. 

Klik & Ambil RM 575
*Untuk 400 unit pertama; 400 unit seterusnya akan dikenakan kadar dua kali ganda.

Klik & Ambil termasuk penghantaran ke Sabah & Sarawak, anda boleh mendapatkan pembelian anda di pusat Klik & Ambil yang terdekat: 

  1. Klik & Ambil Kuching - Hexagon High Transport, 922, Jalan Demak Laut 3, Kuching, Sarawak.
  2. Klik & Ambil Miri - Lot 1227, Senadin Venture Light Industrial Park, Jalan Lutong - Kuala Baram, 98000 Miri, Sarawak.
  3. Klik & Ambil Kota Kinabalu - Fei Yang Logistics, Lot 71, 51/2 miles, Jalan Kilang, Sedoc Industrial Estate, Kollombong, Inanam, 88450, Sabah.
  4. Kami tidak menyediakan penghantaran Trak & Bungkusan ke pulau-pulau lain dan alamat peti PO.

*Sila ambil perhatian bagi penghantaran trak, caj tambahan kadar rata sebanyak RM98 akan dikenakan sekiranya tidak terdapat kemudahan lif/produk tidak boleh dimuat ke dalam lif dan penghantaran terpaksa dilakukan menggunakan tangga untuk alamat penghantaran yang terletak di dalam bangunan dari tingkat 3 ke atas.

Perkhidmatan ini hanya disediakan sehingga tingkat 5 dan caj Perkhidmatan harus dibayar terus kepada Penyedia Perkhidmatan kami.

Di samping itu, sila ambil perhatian bahawa penghantaran adalah ke satu alamat kediaman atau pejabat persendirian. Id bertujuan untuk satu lokasi/satu bilik. Caj tambahan akan dikenakan bagi penghantaran ke bangunan dengan beberapa bilik berasingan walaupun ia adalah bagi satu alamat yang sama.

Sila ambil perhatian bahawa sepanjang musim perayaan utama*, sila berikan tambahan  masa 1 – 3 hari bekerja untuk masa pemprosesan kerana bilangan pesanan yang tinggi.
*Perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Puasa, Deepavali, Krismas, dll.


Membeli-belah di gedung IKEA berdekatan dengan anda

Semasa berada di gedung kami, anda mempunyai pelbagai pilihan bagi membawa pulang pembelian anda. Penghantaran kami bukan setakat ke pintu rumah anda, kami hantar sehingga ke ruang yang diingini.

Pengambilan dengan penghantaran - dari RM98*

Kami menawarkan gabungan khidmat pengambilan dan penghantaran supaya anda boleh berehat dan biarkan kami mengambil-alih tugasan berat anda. Buat pesanan pada rakan sekerja kami di dalam gedung.

*Bayaran RM23 sudah dimasukkan kedalam harga.

Penhantaran sahaja - dari RM75

Jika anda ingin mengambil barangan anda sendiri, kami boleh bantu membuat penghantaran untuk anda.

Penghantaran bungkusan - RM25 

Untuk pembelian dalam talian dan barangan kecil untuk kelengkapan rumah, perkhidmatan penghantaran bungkusan ada disediakan.

Lebih banyak maklumat tentang penghantaran:

  • Khidmat penghantaran kami ada tersedia di Semenanjung Malaysia, Pulau Pinang dan pulau utama Langkawi. Pulau-pulau kejiranan kecil Langkawi tidak termasuk dalam penghantaran trak kami.
  • Jika anda membeli-belah di gedung, anda boleh bercakap dengan rakan sekerja IKEA di kaunter pertanyaan dalam gedung.
  • Maklumat pernghantaran ke semua zon mengikut gedung IKEA:

Jika anda membeli-belah di gedung, sila temui pekerja IKEA di kaunter informasi bagi menempah perkhidmatan ini. Sebagai alternatif, anda juga boleh menempah perkhidmatan di kaunter penghantaran di gedung.


Pusat pengambilan

Beli-belah dalam talian sekarang dan ambil di lokasi pengambilan  kami untuk pengalaman lebih mudah dan harga lebih murah. 

Untuk memudahkan pengalaman membeli-belah anda, IKEA Malaysia kini telah membuka pusat pengambilan di Ipoh, Melaka dan Kuantan. 

Fi
RM98 - Ambil di pusat pengambilan
RM163 - Penghantaran ke rumah anda di Ipoh, Melaka atau Kuantan

Mulakan beli-belah dalam talian anda dan ambil barangan anda di lokasi pengambilan, seperti di bawah:

IKEA - Kuantan Collection Point
L-01 (FB 1), TMG BIM Mall,Jalan IM/7/14, ​Bandar Indera Mahkota,​25200, Kuantan, Pahang.

IKEA - Lokasi pengambilan Ipoh
B-1-17, Medan Botani,
Pusat Komersial Botani Village,
Medan Botani 1A, Bandar Seri Botani,
31350 Ipoh, Perak.

IKEA - Lokasi pengambilan Melaka
18, Jalan Melaka Raya 18, 75000 Melaka.

* Setelah menerima notifikasi pengambilan, para pelanggan dikehendaki megambil pesanan dalam tempoh 5 hari.


Klik & Ambil di gedung IKEA berdekatan dengan anda

Cara lebih mudah dan mampu milik untuk beli-belah

Untuk memudahkan dan menyenangkan lagi anda merealisasikan rumah impian anda, anda kini boleh membeli-belah secara dalam talian dan mengambil pesanan anda di gedung dengan percuma apabila anda berbelanja sebanyak RM500 dan keatas! Bagi pembelian dibawah RM500, cas sebanyak RM23 untuk setiap pesanan akan dikenakan.

Langkah 1: Pilih perkhidmatan ‘Klik & Ambil’ kami di halaman semak keluar dan untuk mengambil, pilih gedung pilihan anda.
Langkah 2: Anda akan menerima pengesahan pesanan melalui e-mel berserta nombor pesanan dan invois.
Langkah 3: Sila tunggu e-mel kedua yang memaklumkan kepada anda bahawa pesanan telah sedia untuk diambil. Anda boleh mengambil pesanan tersebut di tempat pengambilan di gedung pilihan anda antara 10:00 pg.– 8:00 mlm.

 Sila ambil dalam tempoh 2 hari selepas pemberitahuan e-mel diterima. Pesanan akan terbatal secara automatik dan dibayar balik sekiranya tidak diambil selepas 2 hari. 

Tempat pengambilan:

Damansara: Kaunter pengambilan barangan (Kaunter 5), kawasan Penukaran & Pemulangan di Tingkat G.
Cheras: Kaunter pengambilan Klik & Ambil di Tingkat B1.
Tebrau: Kaunter pengambilan barangan, kawasan Penukaran & Pemulangan di Tingkat 1.
Batu Kawan: Kaunter pengambilan barangan (Kaunter 7), kawasan Penukaran & Pemulangan di Tingkat 1.

    Baharu di IKEA Damansara!

    Kini anda boleh mengambil pembelian dalam talian anda di tempat pengambilan Klik & Ambil baharu. Hanya letakkan kereta di jalan kereta Klik & Ambil yang ditetapkan dan ambil barangan anda dari rakan sekerja IKEA.​​

    Langkah-langkah

    • Langkah 1: Beli secara dalam talian di IKEA.my. Pilih opsyen Klik & Ambil Damansara selepas mendaftar keluar.​​​​​​
    • ​​Langkah 2: Untuk mengambil barangan anda, hubungi pasukan Klik dan Ambil IKEA Damansara sebelum tiba di gedung melalui nombor yang diberikan untuk memaklumkan tentang ketibaan anda dan nyatakan nombor pesanan (Format: S438XXXXXXX). ​
    • ​​​Langkah 3: Letakkan kereta di jalan kereta Klik & Ambil yang ditetapkan dan ambil barangan anda dari rakan sekerja IKEA.​​

    Anda mungkin berminat dengan