Pemasangan dapur dan bilik mandi

Pemasangan dapur dan bilik mandi.

Pemasangan dapur dan bilik mandi

Kami pasang dapur baharu anda, dan selaraskan tugas dari awal hingga akhir. Kami juga boleh tanggalkan yang lama.

Pemasangan dapur

Pemasangan dapur

Kami mempunyai banyak perkhidmatan bagi membuatkan dapur impian anda menjadi nyata.

Pekerja profesional kami akan uruskan semua tugas berat itu seperti memasang singki, paip, permukaan kerja dan perkakasan. Dapur anda akan dipasang mengikut standard industri tertinggi.

Harga:

Daripada RM85/meter
(caj minimum RM200).

Ciri-ciri utama:

  • Pemasangan semua kabinet.
  • Pemasangan permukaan kerja, termasuk pemotongan singki/hob.*
  • Pemasangan dan penyambungan singki, paip dan sifon.**
  • Pemasangan dan penyambungan perkakasan elektrik dan gas IKEA.
  • Pemasangan dan penyambungan pencahayaan permukaan kerja IKEA.
  • Pemasangan panel sisi, pemegang, dan lengkapan dalaman (para, bakul dll.). 
  • Semua pembungkusan dibuang (melainkan pelanggan mahu menyimpannya).
  • Jaminan pemasangan memastikan hasil pertukangan yang bagus.


*Tidak termasuk ubah suai kabinet, pemasangan “kaunter makan”, pemasangan/mengalihkan sambungan atau aliran keluar gas, elektrik atau air.

**Harga mungkin berbeza bagi pemasangan potongan singki/hob dan sambungan singki, paip dan sifon.

 

Sila temui pekerja IKEA di bahagian dapur di gedung untuk maklumat lanjut.

Pemasangan bilik mandi

Pemasangan bilik mandi

Khidmat pemasangan selaras sepenuhnya boleh menjimatkan masa berharga anda, terutamanya kerja-kerja rumit seperti memasang singki, paip dan kerja elektrik.

Di bawah adalah perkhidmatan yang anda perlukan bagi membuatkan bilik mandi impian anda menjadi nyata.

Harga:

Khidmat pemasangan bermula daripada RM188.

Ciri-ciri utama:

Cara mudah dan menjimatkan masa bagi memasang bilik mandi IKEA baharu anda di dalam bilik mandi sedia ada.

Khidmat termasuk pemasangan semua perabot bilik mandi, kelengkapan, cermin dan singki IKEA.

 

Sila temui pekerja IKEA di bahagian bilik mandi di gedung untuk maklumat lanjut.

Anda mungkin berminat dengan