Makanan di IKEA

Kami mahu menawarkan makanan yang lazat, lestari dan seimbang nutrisi. Kerana itulah kami menyediakan pelbagai pilihan lestari di Restoran IKEA, Kedai Khas Makanan Sweden IKEA, Bistro IKEA dan Kafe IKEA.

Sumber bertanggungjawab memastikan bekalan laut sentiasa ada

Makanan laut dari sumber bertanggungjawab

Ikan sihat dan sedap membuatkan pelanggan sihat dan gembira. Sebab itu IKEA sebahagian daripada dialog bersama pakar-pakar alam sekitar sejagat untuk membangunkan standard penternakan salmon secara bertanggungjawab yang lebih baik untuk ikan dan alam sekitar. Semua salmon IKEA datangnya daripada ternakan yang disahkan oleh Aquaculture Stewardship Council (ASC).

Lawati Restoran IKEA bagi mencuba hidangan salmon yang menyelerakan.

Hari ini, 90% bekalan ikan dunia dieksploitasi sepenuhnya atau terlebih eksploit
– dengan penyumberan bertanggungjawab kita boleh memastikan bekalan ikan tidak terus merosot.

Menawarkan anda makanan laut lazat yang lebih lestari

Semua ikan yang ditangkap dan udang yang dihidang dan dijual di IKEA datangnya daripada perikanan pesisir yang disahkan mematuhi standard Marine Stewardship Council (MSC). Apabila anda menikmati makanan laut yang disahkan MSC, anda boleh pasti yang anda menyokong perikanan lestari dan melindungi bekalan makanan laut untuk banyak generasi akan datang.

Bawa pulang salmon dari Kedai Khas Makanan Sweden IKEA.


Dapatkan secawan kopi dari siri PÅTÅR

UTZ dan organik adalah kombinasi yang bagus

Semua kopi yang kami hidang dan jual di Kedai Khas Makanan Sweden, Bistro IKEA dan Restoran IKEA semuanya organik dan disahkan UTZ. Biji yang sedap itu telah lulus peraturan ketat dan bebas untuk pastikan standard tanaman lestari dan keadaan yang sesuai untuk para pekerja. Anda boleh jejak asal-usul kopi yang anda beli di utzcertified.org/ikea.

Cara IKEA mengendalikan kopi

"Dengan UTZ kami juga mahu biji kopi kami ditanam secara organik, bermakna tanpa menggunakan baja dan racun sintetik."

Jacqueline Macalister, bertanggungjawab bagi Kesihatan dan Kelestarian di IKEA Food.

Coklat untuk anda makan dengan senang hati

Koko di dalam kepingan coklat berlabel IKEA lulus peraturan ketat untuk pastikan standard tanaman lestari dan keadaan yang sesuai untuk para pekerja. Cari label UTZ Certified di Kedai Khas Makanan Sweden kami. Untuk menjejak asal-usul koko di dalam kepingan coklat sah UTZ anda, lawati utzcertified.org/ikea.


Nikmati hidangan sayur berbentuk bola

Bebola sayur kami padat dengan bahan-bahan segar seperti kacang kuda, kacang hijau, lobak, lada benggala, jagung dan kubis daun. Anda akan nikmati hidangan berkhasiat yang penuh dengan protein dan nutrien. Lagipun, jejak karbonnya rendah. Secara keseluruhan, ia alternatif yang sedap kepada bebola daging ikonik kami.

Kami telah aturkan pilihan organik hebat untuk anda

Anda sentiasa boleh mendapatkan makanan organik di Kedai Khas Makanan Sweden, seperti jem lingonberi, kopi dan biskut. Kami juga menawarkan sekurang-kurangnya satu hidangan organik di menu restoran kami, begitu juga hidangan organik untuk kanak-kanak.

Seperkara lagi sebelum anda pulang

Jika anda terasa seperti ingin mengunyah sesuatu selepas aktiviti membeli-belah yang memenatkan, segarkan diri anda di IKEA Bistro kami. Dapatkan hotdog ayam anda panas-panas dan segarkan semula diri anda dengan pelbagai pilihan minuman, atau nikmati aiskrim vanilla yang enak.

Kafe IKEA sedia menjamu anda

Nikmati keenakan rasa dan aroma kopi premium kami yang dibru segar atau dapatkan pilihan makanan dan minuman pada harga berpatutan dengan suasana selesa - mulakan hari dengan bertenaga atau untuk selepas aktiviti membeli-belah.

Anda mungkin berminat dengan