Langkau ke kandungan utama

Masa untuk pembaharuan musim luruh

Waktu siang yang panjang dan untuk bermalas-malas pada musim panas mungkin sudah berlalu, tetapi jangan bimbang. Anda dapat menghidupkan semula perasaan itu dengan menerangi dan menghangatkan ruang tamu anda. Dengan pencahayaan suasana dan tekstil lembut, anda boleh mengubah ruang kegemaran anda menjadi wahah yang terang dan selesa.

Ruang tamu dengan sofa, kusyen, alas, ambal, meja kecil, saidbod dengan lampu, vas dan kerusi berlengan rotan.
Ruang tamu dengan sofa, kusyen, alas, ambal, meja kecil, saidbod dengan lampu, vas dan kerusi berlengan rotan.

Ruang untuk berehat

Apabila anda rasa ingin melakukan sedikit ubah rupa, perubahan kecil boleh membuat perbezaan dalam sekelip mata. Tumpukan pada menambah pencahayaan suasana, alas dan kusyen. Ambal berwarna lembut dapat membantu menjadikan bilik rasa lebih terang.

Lihat semua tekstil
Ruang tamu dengan sofa berwarna gelap, ambal terang, bantal dan selimut, lampu lantai dan saidbod dengan item hiasan.
Lihat semua tekstil

Bukan sekadar hiasan sahaja

Ambal bukan sekadar hiasan sahaja. Ia dapat menambah kecerahan pada bilik, kehangatan pada lantai yang sejuk atau menjadi tempat kegemaran untuk bersantai. Pilih ambal yang dibuat daripada gentian semula jadi untuk kelembutan dan ketahanan. Anda pasti akan suka rasanya.

Lihat semua ambal
Seorang wanita duduk di atas ambal berwarna lembut di ruang tamu, dengan kristal, batu dan koleh kaca di hadapannya.
Lihat semua ambal

Bangkitkan suasana menarik

Waktu malam yang lebih panjang boleh menyebabkan suasana yang muram. Menambah pencahayaan suasana pada sudut yang gelap boleh menjadikan ruang tamu anda kelihatan dan rasa lebih hangat dan lebih menarik. Bawa masuk sedikit alam semula jadi dengan dedaun atau bunga musim luruh ke dalam rumah dan letakkan di dalam vas. Ia akan menceriakan waktu malam yang paling gelap pun.

Lihat semua lampu meja
Vas hiasan yang tinggi mengandungi dedaun musim luruh, dua vas pendek dan lampu meja berinspirasikan alam semula jadi terletak di atas saidbod.
Lihat semua lampu meja

Hias dengan lampu

Apabila waktu siang menjadi semakin pendek dan waktu malam semakin panjang, kita merindukan waktu senja musim panas di tepi pendiangan. Cara mudah untuk mewujudkan kecerahan dan kehangatan dengan selamat di dalam rumah kita ialah dengan mengumpulkan lilin dan lilin kecil LED, dan menambah rantaian lampu LED di bawah kubah kaca. Ia menambah keselesaan segera bila-bila masa dan di mana sahaja yang anda sukai.

Lihat semua lampu hiasan
Penjuru ruang tamu dengan pameran lampu LED, menggunakan lilin dan lilin kecil LED serta rantaian lampu LED di sebelah dalam kubah kaca.
Lihat semua lampu hiasan