Langkau ke kandungan utama

Tempat untuk menyimpan rempah di pantri atau dapur anda

Sama ada anda ingin memastikan rempah anda tersusun kemas di dalam laci, di atas para-para dinding atau di atas kaunter dapur, rangkaian produk IKEA menawarkan pelbagai pilihan pada harga yang berpatutan. Di sini ada beberapa idea tentang cara memanfaatkan sepenuhnya ruang dapur atau pantri anda dan memastikan rempah keperluan anda mudah dicapai.

Kabinet dinding dengan para-para/pintu kaca MOSSJÖN berwarna antrasit yang menyimpan balang rempah CITRONHAJ dan balang rempah GULDFISK.
Kabinet dinding dengan para-para/pintu kaca MOSSJÖN berwarna antrasit yang menyimpan balang rempah CITRONHAJ dan balang rempah GULDFISK.

Pilihan yang kemas untuk rempah di dalam laci

Anda boleh menggunakan sisipan rak rempah UPPDATERA – tersedia dengan atau tanpa dulang – untuk menyimpan balang rempah anda dengan kemas di dalam laci yang mudah digunakan, sedia untuk ditarik keluar apabila anda memerlukannya. Sementara itu, penyusun gelangsar untuk laci UPPDATERA boleh merupakan cara pintar untuk menyimpan rempah anda di ruang yang anda mungkin tidak gunakan.

Dua dulang perkakas dapur UPPDATERA, satu dengan balang rempah GULDFISK di dalam rak rempah UPPDATERA dan satu lagi dengan rak pisau UPPDATERA.
Balang rempah terletak di atas dua penyusun gelangsar untuk laci UPPDATERA, di atas balang IKEA 365+ kaca bulat yang berisi pelbagai barang makanan.

Ruang dinding boleh merupakan ruang rempah

Kawasan kosong di dinding dapur anda mungkin merupakan tempat yang sesuai untuk sesetengah atau semua rempah anda – terutamanya apabila ruang laci dan kaunter adalah terhad. Jika kabinet dinding kelihatan terlalu besar – atau anda tidak mahu menggerudi – maka para-para dinding dan bekas dengan pelekap sedut ÖBONÄS ialah penyelesaian yang cepat dan mudah untuk lebih banyak kemudahan dapur.

Para-para dinding dengan pelekap sedut ÖBONÄS dan bekas dengan pelekap sedut ÖBONÄS, kedua-duanya berwarna kelabu-hijau, terlekap pada dinding berjubin berwarna putih.
Kabinet dinding dengan para-para/pintu kaca MOSSJÖN berwarna antrasit yang mengandungi balang rempah dan dilekapkan pada dinding berwarna putih.

Perasa yang mudah diambil di atas para, troli atau permukaan atas kaunter

Dengan dulang putar atau piring putar storan di permukaan atas kaunter atau di dalam kabinet, mudah sahaja bagi anda melihat dan mengambil balang atau botol yang paling kecil pun dengan cepat. Anda juga boleh menyimpan rempah, perasa dan keperluan dapur yang selalu digunakan di atas troli dapur supaya mudah diambil.

Di atas dulang putar APTITLIG buluh terdapat balang dan botol yang mengandungi pelbagai rempah dan perasa.
Di dalam kabinet terbuka berwarna putih dengan para selit dan bakul RISATORP berwarna putih terdapat balang kaca KORKEN dan balang rempah CITRONHAJ.
Balang berpenutup KORKEN dan balang rempah CITRONHAJ terletak di atas para-para pusing ENHET di atas rangka dinding berpara ENHET berwarna antrasit.
Balang rempah CITRONHAJ, balang berpenutup IKEA 365+, botol KORKEN dan kotak LURPASSA terletak di atas dua troli VESKEN berwarna hitam.
Di atas permukaan berwarna coklat gelap terdapat dua pengisar rempah HALVTOM kaca berwarna coklat; salah satunya mengandungi garam dan satu lagi mengandungi lada biji.