Langkau ke kandungan utama

Cara melengkapi ruang kerja kecil tanpa menelan belanja yang banyak

Bagaimanakah anda mewujudkan tempat yang selesa untuk menjadi produktif – tanpa memiliki ruang kosong dan wang yang lebih untuk dibelanjakan? Di sini ada beberapa contoh daripada rangkaian IKEA tentang cara menjadikan ruang pejabat rumah anda berfungsi dan tidak mahal.

Komputer riba, pad nota dan cermin mata di atas dulang RÅVAROR papan lapis kayu birch yang terletak di atas meja konsol RÅVAROR venir kayu oak.
Komputer riba, pad nota dan cermin mata di atas dulang RÅVAROR papan lapis kayu birch yang terletak di atas meja konsol RÅVAROR venir kayu oak.

Unit storan yang melakukan dua fungsi

Para yang lebih daripada cukup dan meja boleh lipat, serta ketahanan semula jadi kayu pain padu – semuanya pada harga yang realistik. Dengan unit storan IVAR ini, stesen kerja anda hanya mengambil ruang semasa anda bekerja.

Lihat semua sistem IVAR
Unit storan dua bahagian IVAR dengan mejanya dibuka dan kerusi pusing BLECKBERGET berwarna kuning air di sebelahnya.
Lihat semua sistem IVAR

Storan dinding yang kelihatan profesional

Untuk mengatur pejabat rumah anda dengan cara yang kelihatan profesional – tanpa membelanjakan wang yang banyak – anda boleh gabung padan kabinet siri EKET dengan laci siri ALEX dalam kombinasi yang sesuai dengan anda.

Kabinet lekap dinding EKET, unit laci ALEX dan kabinet LIDHULT, semuanya berwarna putih, pada dinding berwarna putih, permukaan meja berwarna kelabu di hadapan.

Ruang meja kerja yang mempunyai ruang letak kaki

Di ceruk atau penjuru yang selesa, para terapung pada ketinggian yang sesuai dapat berfungsi sebagai meja kerja dengan mudah. Hanya perlukan kerusi boleh laras yang selesa dan mungkin juga ditambah dengan lampu, anda sudah bersedia untuk bekerja.

Lihat semua para
Kerusi pusing ODGER berwarna putih/kuning air di hadapan para EKBY ALEX, dilekapkan separas pinggang di ceruk untuk mewujudkan stesen kerja.
Lihat semua para

Sudut yang sesuai pada harga yang sesuai

Anda dapat bekerja dengan selesa hampir di mana-mana sahaja jika anda ada sokongan komputer riba yang stabil – tetapi ringan dan mudah alih. Untuk perbelanjaan yang minimum, anda dapat memastikan bahawa mata dan leher anda tidak terjejas akibat mesyuarat dalam talian yang tidak henti-henti.

Komputer riba di atas sokongan komputer riba BRÄDA berwarna hitam di samping cawan, pen dan kertas terletak di atas meja, bangku dan para storan terbuka di belakang.

Ruang kerja tersembunyi tanpa kos tersembunyi

Meja kerja MICKE yang tidak lebar ini dapat dimuatkan hampir di mana-mana sahaja – malah disembunyikan di dalam almari. Oleh sebab sokongan berdiri NILSERIK yang boleh dilaraskan dapat dimuatkan dengan kemas di bawahnya, anda hanya perlu menutup pintu apabila kerja selesai.

Lihat semua meja kerja untuk rumah
Meja kerja MICKE berwarna putih, sokongan berdiri NILSERIK dan papan penyepit SKÅDIS di dalam almari pakaian dua pintu KLEPPSTAD berwarna putih.
Lihat semua meja kerja untuk rumah

Ketenangan papan lapis semula jadi

Sedap dipandang dan tidak mahal, anda tidak dapat memberikan alasan kenapa meja kerja berselerak dengan adanya dulang surat ini. Jadi, tiada lagi nota tersalah letak atau bil terlepas perhatian. Dibuat daripada kayu yang tidak dirawat, anda boleh menyapunya dengan minyak, lilin atau cat jika anda suka.

Lihat semua aksesori meja kerja
Gunting dan kertas di atas dulang surat KLÄMMEMACKA yang terletak di atas meja MELLTORP berwarna putih, lampu kerja TERTIAL berwarna kelabu gelap tergantung di atas.
Lihat semua aksesori meja kerja