Langkau ke kandungan utama

Rumah kecil, tetapi masih ada ruang untuk belajar, hobi dan gaya peribadi

Gunakan sepenuhnya rumah kecil dengan menjadi pintar apabila berkaitan dengan storan. Dengan cara itu, anda tidak perlu berkompromi antara bekalan belajar dan hobi santai anda – anda boleh memiliki semuanya!

Dua meja memberikan ruang untuk belajar dan juga hobi. Lagipun dengan ALEX, anda tidak perlu bimbang akan kord buruk yang terjulur keluar di sana sini – pengurusan kabel terbina dalam memastikan kabel dan kord anda tidak dapat dilihat, tetapi mudah dicapai.

Storan menegak memang pintar di rumah kecil memandangkan ia tidak mengambil apa-apa ruang lantai pun. Namun kenapa berpuas hati dengan itu sahaja apabila anda boleh juga membuatkannya bergaya dengan kehangatan buluh dan gabungan item-item hiasan.

Tiada ruang untuk meja sisi katil? Gunakan laci! ALEX mempunyai banyak ruang untuk bekalan sekolah dan juga pakaian. Jadi, salah satu lacinya yang dekat dengan katil tentu sekali boleh digunakan untuk tujuan itu.

Katil UTÅKER sebenarnya merupakan dua katil digabungkan. Apabila ditindan, ia menghasilkan ketinggian sofa yang sempurna yang menawarkan tempat duduk tambahan dekat dengan meja – sama ada untuk anda dan hobi anda, atau kawan yang datang untuk belajar.

Storan tidak dalam dan palang penyidai pakaian yang lebarnya boleh dilaraskan membolehkan anda melihat pakaian dan kasut anda dengan baik serta menggunakan ruang yang anda ada di dalam bilik kecil dengan pintar.