Ruang depan yang terang dan menceriakan suasana

Pencahayaan yang baik, storan khas untuk setiap ahli keluarga dan kabinet berwarna merah cerah mewujudkan suasana ruang depan yang mesra dan nyaman yang membuat anda berasa seronok untuk pulang ke rumah.

IVAR boleh disesuaikan, membolehkannya menjadi unit rak yang muat dengan sempurna di mana-mana ruang, seperti ruang depan anda. Logam berwarna merah pada kabinet dan lacinya menambah penampilan segar sementara menawarkan storan yang luas untuk setiap ahli keluarga.

IVAR menawarkan pelbagai jenis storan, seperti almari pakaian! Sesuaikannya dengan bantuan rel pakaian dan para dawai mengikut keperluan anda dan buka gulungan penutup berwarna kuning air apabila anda mahu penampilan yang lebih kemas.

Pastikan pakaian bermusim anda sentiasa berbau segar dengan bantuan bekas storan yang mempunyai jaring pengalihan udara – LACKISAR membolehkan peredaran udara sementara memastikan storan anda tidak berhabuk.

Khaskan storan untuk setiap ahli keluarga dengan menulis nama mereka di atas nota kertas dan lekatkannya pada klip bermagnet. KUNGSFORS boleh juga digunakan pada bahagian dalam pintu logam IVAR, sempurna untuk item-item kecil yang kerap hilang.

Simpan kasut, jaket dan aksesori yang paling kerap dipakai oleh keluarga dekat dengan pintu agar dapat dicapai dengan pantas apabila hendak meninggalkan rumah – rak kasut terbuka bersama-sama rak dengan tombol merupakan penyelesaian capai dan pergi yang pintar!