Langkau ke kandungan utama

Panduan membeli periuk dan kuali

Masakan yang enak memerlukan perkakas yang sesuai, dan pilihan periuk dan kuali anda boleh membuat perbezaan yang besar. Haruskah anda membeli set ‘asas’ atau perlukah anda menambah periuk bertangkai, kaserol atau kuali? Baca panduan kami untuk memilih periuk dan kuali yang memenuhi keperluan anda, sama ada anda baru belajar memasak atau seorang cef profesional.

Kuali leper dengan pemegang keluli tahan karat berisi bebola daging bersos yang sedang dimasak di atas hob. Sudu kayu terletak di sisi.
Kuali leper dengan pemegang keluli tahan karat berisi bebola daging bersos yang sedang dimasak di atas hob. Sudu kayu terletak di sisi.

Set asas – permulaan yang hebat

Untuk masakan ringkas setiap hari, periuk besar (3-5 l), periuk bertangkai kecil (1.5-2 l), kuali leper saiz sederhana (28 cm) dan kuali saute seharusnya mencukupi untuk mengurus sebahagian besar kerja memasak. Perkakas memasak keluli tahan karat ialah belian yang baik kerana ia sesuai dengan kebanyakan cara memasak, senang dibersihkan, boleh digunakan dengan hampir semua hob dan tahan lama. Setelah anda memiliki set asas, anda boleh menambah perkakas lain secara beransur-ansur mengikut keperluan.

Tiga periuk keluli tahan karat dan satu kuali leper OUMBÄRLIG berwarna hitam terletak di permukaan atas kerja marmar dengan penahan percikan marmar yang sepadan.

Perkakas yang perlu – periuk

Periuk adalah lebih besar daripada periuk bertangkai (boleh diisi dengan sekurang-kurangnya 2 liter cecair) dan mempunyai dua pemegang, memudahkannya untuk diangkat dan dialihkan walaupun besar dan berat. Gunakannya untuk memasak hidangan seisi keluarga atau apabila perlu menggunakan air yang banyak, contohnya merebus pasta.

Lihat semua periuk
Periuk yang panas berisi sayur-sayuran yang telah dimasak terletak di atas alas gabus di atas meja makan yang sudah disediakan. Sudu kayu di dalam periuk.
Lihat semua periuk

Perkakas yang perlu – periuk bertangkai

Periuk bertangkai adalah lebih kecil, biasanya boleh diisi dengan 0.5 hingga 2 liter cecair, dan mempunyai pemegang yang lurus dan panjang. Ia digunakan terutamanya untuk memasak jumlah makanan yang sedikit seperti sayur-sayuran atau sos.

Lihat semua periuk bertangkai
Periuk bertangkai keluli tahan karat terletak di hadapan periuk yang sepadan di permukaan atas kerja marmar dengan penahan percikan marmar.
Lihat semua periuk bertangkai

Perkakas yang perlu – kuali leper

Kuali leper aluminium dengan salutan tak melekat ialah pilihan yang baik kerana salutan itu mengurangkan risiko makanan hangus, memudahkannya untuk dibersihkan dan membolehkan anda menggunakan kurang lemak. Kuali leper besi tuang memberi anda gorengan berwarna perang yang paling sekata kerana besi tuang mengalirkan haba secara sekata dan mengekalkan haba lebih lama.

Lihat semua kuali leper
Seseorang memegang kuali leper dengan tuala membaluti pemegang keluli tahan karat sedang menggoreng pak choi bersebelahan landas cencang kayu.
Lihat semua kuali leper

Kuali saute – untuk penggorengan yang cepat

Kuali saute digunakan untuk memerangkan daging, ikan atau ayam, menggoreng sayur-sayuran secara saute atau memekatkan kuah, dan mempunyai sisi yang tinggi untuk mencegah percikan dan tumpahan semasa anda membalik-balikkan atau menggaul-gaulkan makanan. Kebanyakan kuali saute mempunyai penutup supaya anda boleh menutup kuali sepenuhnya atau sebahagiannya apabila ramuan anda sudah berwarna perang untuk membiarkan makanan masak secukupnya.

Lihat semua kuali saute
Kuali saute berisi bebola daging dan sos terletak pada hob aruhan berwarna hitam.
Lihat semua kuali saute

Kuali gril – alternatif kepada cara panggang tradisional

Apabila anda menggril, kelembapan makanan dikekalkan dan permukaannya menjadi rangup. Ini memerlukan suhu yang agak tinggi selama masa yang singkat. Permukaan kuali gril yang beriak menghasilkan kesan layur yang menarik pada makanan. Ia juga mengasingkan makanan daripada lemak yang terkumpul di bahagian bawah kuali.

Lihat semua kuali gril
Kuali gril berwarna hitam berisi bawang dibelah dua yang sedang digoreng, terletak di permukaan atas kerja batu bersebelahan semangkuk sos merah.
Lihat semua kuali gril

Kuali – untuk gorengan yang lebih sihat

Menggunakan kuali untuk menggoreng kilas makanan mengurangkan keperluan untuk lemak, dan dengan demikian merupakan pilihan yang lebih sihat. Kuali mempunyai sisi tinggi dan melengkung yang dapat mengalirkan haba secara berkesan dan sekata, dan memastikan ramuan berada di bahagian bawah iaitu bahagian yang paling panas. Kuali berdasar bulat sangat sesuai untuk digunakan pada nyalaan terbuka (contohnya hob gas), sementara kuali berdasar leper pula lebih baik untuk hob elektrik dan seramik.

Lihat semua kuali
Kuali berisi sayur-sayuran hijau yang segar seperti brokoli terletak di permukaan atas kerja dapur berwarna kelabu.
Lihat semua kuali

Kaserol – periuk serba guna

Kaserol biasanya dibuat daripada besi tuang, oleh itu ia boleh digunakan pada hob dan di dalam ketuhar, dan sesuai untuk memerangkan atau menggoreng daging hotpot atau hidangan lain yang perlu direneh perlahan-lahan. Kaserol biasanya besar dan sangat berat. Walau bagaimanapun, ia tidak perlu kerap dialihkan – setelah kaserol diletakkan pada hob atau di dalam ketuhar, makanan akan masak dengan sendirinya. Saiz yang besar membolehkannya diisi dengan jumlah daging, sayur-sayuran dan kuah yang banyak. Yang paling baiknya? Anda boleh memasak dan menghidang dalam bekas yang sama, jadi kurang kerja membasuh!

Kaserol berwarna hitam berisi cendawan terletak pada hob gas.