Langkau ke kandungan utama

Ruang belajar saya sendiri

Memiliki tempat khas anda sendiri untuk membuat kerja sekolah boleh menjadi kunci kepada penyempurnaannya. Walaupun tidak selalunya mudah mencari ruang untuk tujuan itu, ia tetap mungkin. Di sini ada beberapa cadangan yang bukan sahaja menjimatkan ruang, tetapi juga bergaya.

Dua ruang kerja yang terletak sebelah-menyebelah, salah satunya berpusat di sekitar meja LAGKAPTEN berwarna putih dan kerusi persidangan LÅNGFJÄLL berwarna coklat-merah jambu.
Dua ruang kerja yang terletak sebelah-menyebelah, salah satunya berpusat di sekitar meja LAGKAPTEN berwarna putih dan kerusi persidangan LÅNGFJÄLL berwarna coklat-merah jambu.

Bilik darjah yang berpemandangan indah

Pelajaran kerja rumah yang pertama: tempatkan meja anda di tepi tingkat. Cahaya semula jadi untuk membaca kebanyakan masa, kecerahan yang menceriakan dan tumbuhan segar di ambang tingkap. Tambahan pula, ia merupakan tempat yang sesuai untuk berehat sebentar dari semasa ke semasa sambil menikmati pemandangan sekitar.

Lihat semua meja kanak-kanak
Bilik kanak-kanak yang mempunyai storan yang lebih daripada cukup dan ruang belajar yang dibentuk oleh meja PÅHL berwarna putih dan kerusi meja kanak-kanak ÖRFJÄLL berwarna merah jambu.
Lihat semua meja kanak-kanak

Unit laci – kawan baik pelaku berbilang tugas

Adakah anda ada ruang kerja yang digunakan oleh lebih daripada seorang dan untuk lebih daripada satu aktiviti? Mudahkan pertukaran dengan memiliki unit laci – dan mungkin juga beberapa kabinet dinding – berdekatan, dan meja tunggal tiba-tiba menjadi meja keluarga.

Lihat lebih banyak unit laci untuk rumah
Ruang belajar yang cerah dan berangin berpusat di sekitar meja berwarna putih dan kerusi pusing ELDBERGET/BLYSKÄR berwarna biru dan putih.
Ruang yang cerah yang mempunyai kerusi pusing ELDBERGET/BLYSKÄR berwarna biru dan putih di samping meja, di sisinya pula terdapat unit laci dan kabinet dinding EKET.
Lihat lebih banyak unit laci untuk rumah

Lebih ramai pelajar, lebih meriah

Apabila ada lebih daripada seorang ahli keluarga perlu membuat kerja rumah, ia mungkin idea yang baik untuk memiliki kawasan meja yang boleh diluaskan. Ini membolehkan adik-beradik atau kawan-kawan membuat kerja bersama-sama, menggalakkan dan membantu satu sama lain. (Jika perlukan pengasingan, hanya letakkan pembahagi meja.)

Lihat sistem meja bar
Bilik kanak-kanak yang mempunyai kawasan belajar yang dibentuk oleh meja LAGKAPTEN/ALEX dan meja LAGKAPTEN/TILLSLAG yang diletakkan menghadap satu sama lain.
Lihat sistem meja bar

Pastikan ada pencahayaan yang sesuai

Selalunya, sama ada perlu membaca halaman atau skrin, pembelajaran yang berkesan bermula dengan pencahayaan yang baik. Satu (atau dua) lampu lantai yang boleh dilaraskan menawarkan mobiliti dan kefleksibelan, serta paling penting, mengurangkan keletihan mata.

Lihat siri NYMÅNE
Lampu lantai dan bacaan NYMÅNE berwarna putih terletak di kiri kanan meja LINNMON/ODDVALD berwarna hitam yang penuh dengan aksesori belajar.
Lihat siri NYMÅNE

Tempat belajar dan sudut pertukangan disatukan

Apabila masa untuk membuat kerja rumah, mudah dilupai bahawa meja adalah sesuai untuk semua jenis aktiviti – melukis, bertukang, bermain teka-teki dan banyak lagi. Papan penyepit memastikan semuanya mudah dicapai dan teratur – iaitu apabila selesai belajar.

Lihat semua lampu kerja
Seorang budak sedang duduk di atas kerusi meja kanak-kanak VALFRED/SIBBEN kayu birch di meja PÅHL berwarna putih yang diterangi oleh lampu kerja KRUX berwarna putih.
Meja yang mempunyai buku warna MÅLA yang sebahagiannya sudah diwarnakan, pelbagai cat berkelipan MÅLA dan pensel warna MÅLA.
Lihat semua lampu kerja