Mari kita berkhayal dalam lapisan
Panduan kelengkapan rumah untuk Langsir & Bidai
Lapisan demi lapisan langsir beraneka jenis, serta bidai untuk mengawal lebih lagi aras cahaya dan privasi, anda dapat mengubah tingkap anda menjadi latar yang nyaman dan sentiasa berubah-ubah. Selain indah, ia juga memberikan fungsi praktikal – langsir dan bidai ini boleh dibuka dan ditutup mengikut keperluan untuk melaraskan cahaya, bunyi, suhu dan privasi. Biarkan penyelesaian ini membimbing anda supaya dapat melepaskan diri daripada kesibukan harian yang anda ingini.
Untuk padanan yang sempurna, ukur dahulu
Mula-mula sekali, ukur lebar tingkap anda (a).
Â
Ini menentukan lebar rod atau rel trek langsir anda. Tambah sekurang-kurangnya 15 cm di setiap sisi supaya langsir dapat menutupi tingkat dengan elok dan dibuka sepenuhnya.
Selepas itu, ukur panjang langsir anda (b).
Â
Ini menentukan panjang langsir yang anda ingini. Ukur dari atas rangka tingkap dan berhenti di tempat yang anda mahu langsir anda berakhir. Mengikut kebiasaan, tambah 15 cm pada ukuran tersebut. Lekapkan rod atau rel trek langsir 15 cm di atas tingkap.
Tiga lapisan kawalan suhu
Tahukah anda bahawa anda dapat melaraskan suhu dengan langsir dan bidai? Bidai HOPPVALS penjimatan tenaga mempunyai struktur sarang lebah yang menghasilkan lapisan penebatan, mengekalkan bilik anda agar sejuk dalam iklim panas.
Dengan lembut di sekeliling penjuru
Penyelesaian langsir berlapis membolehkan anda menyesuaikan cahaya, bunyi, suhu dan gaya secara peribadi. Selain itu, dengan kebebasan untuk menggabungkan beberapa rel langsir VIDGA, anda bebas untuk mencipta penyelesaian yang sempurna untuk bilik anda - walaupun di sekeliling penjuru
Kita semua memerlukan tempat untuk berehat & memulihkan tenaga selepas bekerja keras sehari suntuk, sebelum menghadapi tekanan pada pagi esoknya. Dengan tiga lapisan langsir dan bidai yang menetapkan suasana dan menapis cahaya, anda dapat menyesuaikan tingkap bilik tidur anda mengikut keperluan anda.
Bersantai dengan bantuan lapisan
Biarkan cahaya siang bersinar menembusi tenunan langsir linen yang menghasilkan cahaya yang nyaman dan memberikan privasi. Perlukan tidur yang nyenyak? Kurangkan cahaya dengan lapisan bidai dalaman di belakang langsir anda. Gunakan warna yang terang & lembut dan jadikan bilik anda wahah yang tenang.
Kerana ia lebih selamat
Kami percaya bahawa kanak-kanak merupakan orang yang paling penting di dunia. Oleh itu, kami menyesuaikan rangkaian bidai dan langsir kami untuk menjadikan tingkap anda seberapa selamat yang mungkin. Kami menghabiskan empat tahun untuk mencari alternatif. Sekiranya tidak berjaya, kami menyingkirkan produk tersebut daripada rangkaian kami. Jadi, semua bidai dan langsir IKEA kini betul-betul selamat untuk anak-anak anda.
Selamat tinggal tali, helo ketenangan fikiran.