Langkau ke kandungan utama

Syurga kesejahteraan

Ruang untuk masa pemulihan dan tidur yang berkualiti. Beginilah caranya untuk mencipta bilik tidur yang meningkatkan kesejahteraan anda dalam banyak cara, waktu siang dan juga malam (serta bergaya dan selesa!).

Pastikan anda meluangkan masa yang cukup untuk mendapatkan tilam, duvet dan bantal yang sempurna untuk katil anda – pilihan yang betul membuat perbezaan yang amat besar kepada kualiti tidur anda.

Penghalang cahaya sepenuhnya dari keselesaan katil anda: Bidai bergulung FYRTUR disertakan dengan alat kawalan jauh, tetapi juga boleh dikawal melalui Amazon Alexa, Apple HomeKit atau Google Home.

Storan yang dibuat khas di belakang pintu yang sesuai dengan gaya anda – almari pakaian PAX kami boleh dibina untuk memenuhi keperluan anda dengan sempurna, dan terdapat pelbagai jenis pintu untuk dipilih.

Lengkapi sudut bersalin pakaian anda dengan cermin yang lebih besar – ia bukan sahaja berguna untuk melihat pakaian anda, tetapi juga untuk memantulkan cahaya.

Pembesar suara WiFi SYMFONISK mempunyai bunyi yang kuat dan bergema yang mewujudkan suasana yang sesuai di rumah, malah praktikal: ubahnya menjadi para dengan menambah rel dan cangkuk!