Langkau ke kandungan utama

Ketenangan bilik tidur

Hampir-hampir mustahil untuk tidak berasa tenang apabila memasuki bilik tidur yang dilengkapi dengan warna biru yang menenangkan, tekstil lembut, ambal yang selesa dan pencahayaan yang dipertimbangkan dengan teliti.

Nikmati tidur malam yang nyenyak dengan tekstil yang selesa dalam warna yang menenangkan – LUKTJASMIN seperti mimpi mempunyai rasa lembut bak sutera dan kilauan yang indah, serta paduan lyocell/kapas menyingkirkan lembapan daripada tubuh anda untuk memberikan lebih keselesaan.

Biarkan kaki anda dimanjakan oleh ambal yang selesa setiap pagi, dan biarkan mata anda berehat dengan warna dan corak yang menenangkan – VONSBÄK mempunyai penampilan vintaj pudar yang serupa dengan ambal oriental (tetapi pada harga berpatutan).

Awasi suhu bilik tidur untuk memastikan anda mendapat keselesaan optimum semasa anda tidur. Jam penggera dengan termometer terbina dalam membolehkan anda memeriksa dan mengekalkan suhu yang paling sesuai dengan anda.

Bilik yang gelap menjadikannya lebih mudah untuk anda mendapat tidur malam yang nyenyak tanpa diganggu. Bidai bergulung penghalang cahaya TRETUR bergulung ke atas dengan perlahan-lahan kerana fungsi penutupan lembutnya, jadi anda tidak bangun dengan terkejut pada waktu pagi.

Wujudkan suasana bilik tidur yang tenang dengan bantuan pencahayaan lembut dan bersinar di samping lagu-lagu yang menenangkan, jadi anda boleh bersantai selepas bekerja keras sehari suntuk. SYMFONISK menawarkan kedua-duanya – tetapi memerlukan ruang untuk satu sahaja.

Panel ODDLAUG boleh dibina di sekeliling katil anda untuk mewujudkan suasana yang selesa dan nyaman. Ia juga merupakan penyerap bunyi, jadi ia akan membantu mengurangkan bunyi bising yang kuat dari persekitaran anda.