Langkau ke kandungan utama
Menu

Bilik tidur yang tenang dengan banyak storan untuk keluarga

Bilik tidur yang kemas dan teratur dengan banyak ruang untuk menyimpan pakaian semua orang menghasilkan ruang yang nyaman dan tenang. Bilik tidur ini menunjukkan cara penyelesaian storan pintar – yang direka bentuk untuk anda dan anak kecil anda – mengubah keadaan pakaian yang berselerak menjadi harmoni.

Almari pakaian yang besar berwarna hijau terletak bersandar pada dinding berwarna kelabu. Katil kayu dengan cadar berwarna putih dan kusyen berwarna merah, biru dan coklat.
Almari pakaian yang besar berwarna hijau terletak bersandar pada dinding berwarna kelabu. Katil kayu dengan cadar berwarna putih dan kusyen berwarna merah, biru dan coklat.

Almari pakaian untuk anda dan juga anak-anak anda

Almari pakaian yang besar dan luas dengan ruang untuk semua pakaian keluarga anda mewujudkan ketenangan di dalam bilik tidur anda. Reka bentuk kombinasi almari pakaian ini menggunakan ruang dinding anda dengan cekap untuk mendapat storan maksimum. Pintu berwarna hijau yang tenang menyembunyikan segala-galanya dan pada masa yang sama menambah banyak gaya.

Lihat sistem PLATSA
Kombinasi almari pakaian yang besar berwarna hijau dengan pemegang kulit. Bakul dan beg diletakkan di atas almari pakaian itu.
Lihat sistem PLATSA

Pemegang yang kelihatan dibuat dengan mahir

Tambah banyak gaya dengan hanya perincian yang kecil. Pemegang ÖSTERNÄS dibuat daripada kulit samak yang menjadi lebih indah lagi sambil masa berlalu.

Lihat semua tombol & pemegang
Gambar dekat pemegang kulit pada pintu almari pakaian.
Lihat semua tombol & pemegang

Melatih si kecil supaya mereka dapat melakukannya sendiri kemudian hari

Biarkan anak-anak anda memilih pakaian mereka dengan menggantungkan pakaian mereka pada ketinggian yang boleh mereka capai dan memasang lampu bersepadu di dalam almari pakaian. Ini menjimatkan masa pada waktu pagi dan pada masa yang sama mengajar mereka supaya berdikari.

Lihat semua lampu almari pakaian
Pintu almari pakaian yang terbuka mendedahkan pakaian kanak-kanak yang tergantung pada dua rel dengan penyangkut dan lampu bersepadu dinyalakan.
Lihat semua lampu almari pakaian

Melihat segala-galanya dengan sekali pandang

Melipat pakaian anda dengan cara ia diletakkan secara tegak membolehkan anda mendapat gambaran keseluruhan semua yang anda ada. Ini membantu anda bersiap dengan lebih cepat dan menjadikan laci anda lebih kemas. Anda boleh mengelompokkan baju, stoking dan pakaian dalam menggunakan kotak berpetak STUK.

Lihat semua kotak pakaian
Laci yang terbuka mendedahkan baju, stoking dan pakaian dalam dilipat dengan kemas dan disusun secara tegak di dalam kotak berpetak.
Lihat semua kotak pakaian

Sudut bersalin pakaian untuk seluruh keluarga

Cermin panjang, lampu dinding dan cangkuk pada ketinggian yang berbeza-beza – supaya anak-anak anda juga dapat mencapai pakaian mereka – menghasilkan sudut bersalin pakaian yang ringkas namun cekap untuk semua orang. Petua untuk menjimatkan lebih masa pada waktu pagi: pilih dan gantungkan pakaian anda pada malam sebelumnya.

Lihat semua cermin besar
Sudut bersalin pakaian yang mempunyai cermin panjang, dua lampu dinding dan cangkuk dengan pakaian dan topi pada penyangkut.
Lihat semua cermin besar

Perincian kayu untuk suasana yang nyaman

Permukaan venir kayu oak padu katil ini mewujudkan kenyamanan alam semula jadi di dalam bilik tidur. Laci yang luas di bahagian bawahnya untuk menyimpan linen dan pakaian bermusim menambahkan lagi ketenangan.

Lihat semua katil dengan storan
Sisi katil kayu dengan laci di bawahnya terbuka sedikit, meja sisi katil dengan buku dan lampu terletak di atasnya.
Lihat semua katil dengan storan

Semua yang anda perlukan untuk bilik tidur impian anda

Rasa berinspirasi? Di sini ada semua produk yang anda perlukan untuk menghasilkan bilik tidur yang mempunyai banyak penyelesaian storan pintar untuk keluarga anda.

Lihat semua perabot
Lihat semua perabot