Dengan jalur pencahayaan LED ini, anda boleh menyerlahkan kreativiti anda dan menghiasi dengan cahaya di semua jenis tempat di rumah anda – di atas kabinet, di tepi TV atau di bawah sofa. Kemungkinan yang tiada penghujungnya!
Butiran produk
Cahaya daripada jalur pencahayaan LED ini mewujudkan suasana yang selesa di mana-mana sahaja anda memilih untuk meletakkannya.
Jalur pencahyaan LED boleh dibengkokkan, jadi anda boleh memasangnya dengan mudah di sekeliling TV atau rak buku.
Jika anda tidak memerlukan keseluruhan panjangnya, anda boleh mengumpulkan lebihan kabel dengan menggunakan pengancing sentuh dan tutup serta klip kabel yang disertakan.
Mudah dipasang – cuma tanggalkan kertas daripada pita lekat sendiri dan lekatkan jalur pencahayaan di tempat yang anda inginkan.
Jika anda ingin menghidupkan dan mematikan jalur pencahayaan pada masa yang sama semasa anda menghidupkan dan mematikan TV, anda boleh menyambungkannya terus ke port USB-A TV dengan menggunakan penyambung yang disertakan.
IKEA of Sweden
Pengukuran
- Panjang kord: 2.0 m
- Panjang: 1 m
- Fluks berkilau: 80 lm
- Kuasa: 1.5 W