Dengan jalur pencahayaan LED ini, anda boleh menyerlahkan kreativiti anda dan menghiasi dengan cahaya di semua jenis tempat di rumah anda – di atas kabinet, di tepi TV atau di bawah sofa. Kemungkinan yang tiada penghujungnya!
Butiran produk
Cahaya daripada jalur pencahayaan LED ini mewujudkan suasana yang selesa di mana-mana sahaja anda memilih untuk meletakkannya.
Jalur pencahyaan LED boleh dibengkokkan, jadi anda boleh memasangnya dengan mudah di sekeliling TV atau rak buku.
Jika anda tidak memerlukan keseluruhan panjangnya, anda boleh mengumpulkan lebihan kabel dengan menggunakan pengancing sentuh dan tutup serta klip kabel yang disertakan.
Mudah dipasang – cuma tanggalkan kertas daripada pita lekat sendiri dan lekatkan jalur pencahayaan di tempat yang anda inginkan.
Jalur pencahayaan mempunyai 3 mod berbeza-beza yang boleh anda ubah dengan mudah dengan menggunakan butang.
Tekan butang sekali untuk mendapatkan cahaya yang bertukar warna secara automatik. Jika anda tidak mahu cahaya bertukar warna, tekan kali kedua apabila lampu menyinarkan warna yang anda suka.
Jika anda menekan butang 3 kali anda akan mendapat cahaya lembut dan suram yang bertukar warna.
IKEA of Sweden
Pengukuran
- Panjang kord: 3.5 m
- Panjang: 3 m
- Kuasa: 3.7 W