Geladak lantai ini mudah dijaga, seperti kayu dan selesa untuk berjalan di atasnya dengan berkaki ayam - tanpa risiko urai. Mudah dipasang dengan satu klik dan boleh digabungkan dengan geladak lantai RUNNEN atau MÄLLSTEN.
Butiran produk
Geladak lantai UTLANGAN diperbuat daripada komposit kayu - bahan yang tahan lama, tahan cuaca dan penjagaannya mudah yang rupanya seakan-akan kayu serta lembut dan selesa untuk berjalan di atasnya.
Tidak ada risiko selumbar atau serpihan, sesuai benar untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang suka jalan berkaki ayam .
Geladak lantai mudah dikesat jika anda tertumpah sesuatu, tahan cahaya matahari dan juga hujan tanpa kehilangan kemasannya dan tidak memerlukan sebarang selenggaraan - jadi anda boleh duduk berehat dan relaks di ruang luar anda.
Geladak lantai memudahkan anda menyerikan teres atau balkoni anda.
Geladak lantai boleh dipotong jika anda perlu memasangkannya di sekeliling sudut atau tiang.
Geladak lantai boleh ditanggalkan dan diletakkan semula jika anda ingin membersihkan bahagian bawah lantai.
IKEA of Sweden
Maklumat berguna
Boleh digabungkan dengan warna-warna lain bagi geladak lantai RUNNEN.
Geladak lantai sesuai untuk permukaan keras dan sekata, seperti sebagai contoh konkrit, batu dan kayu.
Warna geladak lantai UTLANGAN boleh pudar lama kelamaan jika ia terlalu terdedah pada cahaya matahari.
Mengandungi: 5 keping (60x30 cm) geladak lantai untuk kegunaan luar.
Bahan dan penjagaan
Jenis bahan
- Plat lantai:
- Komposit Kayu Plastik
- Dasar:
- Plastik polipropliena (pengitaran semula min. 20%)
Penjagaan
Pembersihan: Dengan larutan bahan cuci lembut. Lap kering dengan kain kering yang bersih.
Pemasangan dan dokumen
Arahan pemasangan
Pengukuran
- Kawasan keseluruhan: 0.90 m²
- Panjang: 60 cm
- Lebar: 30 cm
- Ketebalan: 2 cm
- Kawasan: 0.18 m²
- Kuantiti pakej: 5 unit
Bungkusan
UTLÄNGAN
Nombor artikel504.804.17- Lebar: 32 cm
- Tinggi: 11 cm
- Panjang: 63 cm
- Berat: 11.30 kg
- Bungkusan: 1






