- Sesuai dengan IKEA Home Smart
Serasi dengan Airplay 2 supaya anda boleh menstrim audio terus daripada peranti Apple anda.
Butiran produk
Pembesar suara WiFi SYMFONISK membolehkan anda menstrim muzik, radio dan audio siar daripada rangkaian dan perkhidmatan penstriman anda.
Menyokong semua perkhidmatan langganan penstriman musik utama.
Pembesar suara ini hasil kolaborasi antara IKEA dan Sonos, jadi ia mudah bersepadu dengan produk lain daripada Sonos.
Anda boleh mengawal setiap pembesar suara secara berasingan, supaya anda boleh memainkan muzik dalam satu bilik semasa kanak-kanak mendengar buku audio di bilik lain atau memainkan bunyi yang sama di seluruh rumah.
Anda boleh menstrim muzik, audio siar dan radio melalui Wi-Fi tanpa diganggu oleh panggilan telefon atau pemberitahuan. Muzik akan terus bermain, walaupun ketika telefon atau tablet anda tidak berhampiran.
Dengan menyambungkan produk ini pada hab DIRIGERA, anda mendapat lebih banyak manfaat daripadanya dan juga boleh mengawalnya, bersama dengan produk pintar lain, dalam aplikasi IKEA Home smart.
Pengukuran
- Panjang kord: 200 cm
- Tinggi: 31 cm
- Dalam: 15 cm
- Lebar: 10 cm