- Sesuai dengan IKEA Home Smart
Serasi dengan Airplay 2 supaya anda boleh menstrim audio terus daripada peranti Apple anda.
Butiran produk
Pembesar suara WiFi SYMFONISK membolehkan anda menstrim muzik, radio dan audio siar daripada rangkaian dan perkhidmatan penstriman anda.
Menyokong semua perkhidmatan langganan penstriman musik utama.
Pembesar suara ini hasil kolaborasi antara IKEA dan Sonos, jadi ia mudah bersepadu dengan produk lain daripada Sonos.
Anda boleh mengawal setiap pembesar suara secara berasingan, supaya anda boleh memainkan muzik dalam satu bilik semasa kanak-kanak mendengar buku audio di bilik lain atau memainkan bunyi yang sama di seluruh rumah.
Anda boleh menstrim muzik, audio siar dan radio melalui Wi-Fi tanpa diganggu oleh panggilan telefon atau pemberitahuan. Muzik akan terus bermain, walaupun ketika telefon atau tablet anda tidak berhampiran.
Dengan menyambungkan produk ini pada hab DIRIGERA, anda mendapat lebih banyak manfaat daripadanya dan juga boleh mengawalnya, bersama dengan produk pintar lain, dalam aplikasi IKEA Home smart.
Maklumat berguna
Produk ini ialah sebahagian daripada rangkaian rumah pintar kami. Sambungkannya, sekali dengan produk pintar lain, pada hab DIRIGERA dan aplikasi IKEA Home smart untuk lebih banyak ciri dan fungsi.
Ciri-ciri pada pembesar suara akan dipertingkatkan melalui penataran perisian yang berterusan.
Perkhidmatan bagi penstriman musik berbeza-beza antara wilayah, maklumat tentang wilayah boleh didapati di laman sesawang Sonos.
Apple dan AirPlay merupakan cap dagang Apple Inc, berdaftar di Amerika Syarikat dan negara-negara lain.
Muat turun aplikasi SONOS melalui Google Play atau App Store, bergantung pada jenis peranti mudah alih yang anda miliki.
Pengendalian sisa yang khusus mungkin diperlukan. Sila hubungi pihak berkuasa tempatan anda untuk maklumat lanjut.
Pembesar suara boleh anda kawal dengan aplikasi Sonos S2.
Bahan dan penjagaan
Penjagaan
Lap bersih menggunakan kain kering.
Keselamatan dan pematuhan
Pemasangan dan dokumen
Arahan pemasangan
SYMFONISK Pembesar suara rak buku WiFi805.120.06Nasihat dan arahan penjagaan
SYMFONISK Pembesar suara rak buku WiFi805.120.06Pengukuran
- Panjang kord: 150 cm
- Tinggi: 31 cm
- Dalam: 15 cm
- Lebar: 10 cm
Bungkusan
SYMFONISK
Nombor artikel805.120.06- Lebar: 17 cm
- Tinggi: 12 cm
- Panjang: 38 cm
- Berat: 2.49 kg
- Bungkusan: 2




