- Sesuai dengan IKEA Home Smart
Semua pembesar suara SYMFONISK bersambung pada WiFi agar anda boleh cipta sistem yang anda inginkan, Mainkan audio siar di biik tidur semasa orang lain mendengar muzik di ruang tamu atau himpunkan semua pembesar suara untuk mainkan muzik secara selaras.
Butiran produk
Diperbuat daripada buluh, bahan semula jadi yang mudah dijaga dan tahan lasak.
Pembesar suara WiFi SYMFONISK membolehkan anda menstrim muzik, radio dan audio siar daripada rangkaian dan perkhidmatan penstriman anda.
Menyokong semua perkhidmatan langganan penstriman musik utama.
Gunakan hanya sebagai sumber bunyi di dalam bilik atau lengkapkannya dengan produk sedia ada anda daripada siri SYMFONISK atau produk Sonos dan dengan mudah mengembangkan sistem bunyi anda.
Anda boleh mengelompokkan dua atau lebih pembesar suara SYMFONISK bersama-sama agar kandungan yang sama boleh dimainkan pada waktu yang sama dan anda boleh mengawal kekuatan bunyi pembesar suara berasingan dalam kelompok tersebut.
Serasi dengan Airplay 2 supaya anda boleh menstrim audio terus daripada peranti Apple anda.
Dengan menyambungkan produk ini pada hab DIRIGERA, anda mendapat lebih banyak manfaat daripadanya dan juga boleh mengawalnya, bersama dengan produk pintar lain, dalam aplikasi IKEA Home smart.
Maklumat berguna
Produk ini ialah sebahagian daripada rangkaian rumah pintar kami. Sambungkannya, sekali dengan produk pintar lain, pada hab DIRIGERA dan aplikasi IKEA Home smart untuk lebih banyak ciri dan fungsi.
Ciri-ciri pada pembesar suara akan dipertingkatkan melalui penataran perisian yang berterusan.
Perkhidmatan bagi penstriman musik berbeza-beza antara wilayah, maklumat tentang wilayah boleh didapati di laman sesawang Sonos.
Untuk mengawal 2 pembesar suara boleh guna AirPlay ini, iOS 11.4 atau seterusnya diperlukan.
Apple dan AirPlay merupakan cap dagang Apple Inc, berdaftar di Amerika Syarikat dan negara-negara lain.
Muat turun aplikasi SONOS melalui Google Play atau App Store, bergantung pada jenis peranti mudah alih yang anda miliki.
Pembesar suara boleh anda kawal dengan aplikasi Sonos S2.
Pengendalian sisa yang khusus mungkin diperlukan. Sila hubungi pihak berkuasa tempatan anda untuk maklumat lanjut.
Sumber lampu dijual secara berasingan.
Bahan dan penjagaan
Jenis bahan
- Rerumah lampu/ Butang:
- Plastik ABS
- Sarung fabrik:
- Poliester 100 %
- Kaki:
- Getah silikon
- Terendak lampu:
- Buluh
- Bekas terendak:
- Plastik ABS
Penjagaan
Lap bersih menggunakan kain kering.
Pemasangan dan dokumen
Arahan pemasangan
SYMFONISK Dasar lampu pembesar suara + WiFi405.142.10SYMFONISK Terendak tapak lampu pembesar suara905.460.15Nasihat dan arahan penjagaan
SYMFONISK Dasar lampu pembesar suara + WiFi405.142.10Pengukuran
- Panjang kord: 200 cm
- Lebar: 16 cm
- Maksimum: 15 W
- Diameter terendak lampu: 25 cm
- Tinggi terendak lampu: 20 cm
Bungkusan
SYMFONISK
Nombor artikel405.142.10- Lebar: 18 cm
- Tinggi: 18 cm
- Panjang: 28 cm
- Berat: 2.37 kg
- Bungkusan: 1
SYMFONISK
Nombor artikel905.460.15- Lebar: 26 cm
- Tinggi: 24 cm
- Panjang: 26 cm
- Berat: 0.40 kg
- Bungkusan: 1






