Butiran produk
Fabrik ini memberikan perlindungan terbaik terhadap sinaran UV matahari kerana ia mempunyai pengadaran UPF (Faktor Perlindungan Ultraungu) 15+, yang bermaksud ia menyekat 93% daripada sinaran ultraungu.
Anda boleh menggantung barangan keperluan pantai anda pada cangkuk praktis di bawah kanopi payung.
Tiang itu diperbuat daripada logam tahan lama dan tahan lasak yang berdiri teguh.
Pengukuh mesti diskrukan ke dalam pasir bagi memastikan bahawa payung berdiri stabil.
Memasang dan membuka payung adalah pantas – jadi anda boleh meluangkan lebih banyak masa berehat di tempat redup.
Gabungkan perabot luar daripada siri STRANDÖN sesuka hati anda dan wujudkan ruang luar yang terselaras sebagai tempat untuk anda makan, rehat meluangkan masa bersama-sama keluarga dan rakan-rakan.
Payung tidak memberikan perlindungan daripada pantulan atau radiasi ultravoilet solar yang bertabur.
- Fabrik kanopi/ Beg:
- Poliester 100% (pengitaran semula min. 90%)
- Tetulang/ Tiang:
- Keluli, Poliester bersalut serbuk
- Dasar/ Sambungan tiang/ Pelari/ Cangkuk/ Penutup:
- Plastik polipropilena
Kesat sehingga bersih dengan kain lembap.
Kesat sehingga kering dengan kain bersih.
Cara yang terbaik untuk memanjangkan hayat produk anda ialah dengan membersihkan secara kerap dan menyimpannya di tempat yang dingin, kering di dalam rumah, atau di dalam beg atau kotak storan
Pastikan produk ini betul-betul kering sebelum ia disimpan di dalam beg atau kotak storan.
Tidak boleh dibasuh.
Jangan gunakan bahan peluntur.
Jangan guna mesin pengering.
Jangan seterika.
Jangan lakukan cucian kering.
Untuk membersih fabrik, lipat payung ke bawah dan kesatnya dengan kain lembut yang telah dilembapkan di dalam air. Untuk bahagian yang sangat kotor, berus dengan span yang direndam di dalam bahan pencuci yang lembut dan bilas dengan air sejuk.
Sentiasa lipat jika payung tidak digunakan dan jangan gunakan semasa keadaan berangin.
Pengukuran
- Diameter: 140 cm
- Tinggi: 187 cm
- Diameter tiang: 22 mm
PayungNombor artikel205.911.05- Lebar: 11 cm
- Tinggi: 9 cm
- Panjang: 100 cm
- Berat: 1.44 kg
- Bungkusan: 1