Langkau ke kandungan utama
Lebih mampu milik

SKRATTMÅS Balapan berhalang

Harga RM 65
Harga sebelumnya: RM95

Bagaimana untuk mendapatkannya

Lompat, merangkak, lari ke hadapan atau ke belakang! Terdapat banyak cara untuk menyediakan dan bermain dengan balapan berhalang ini. Seronok bermain sendiri, namun lebih seronok jika adik-beradik dan rakan-rakan turut serta.

Nombor artikel805.504.18

Butiran produk

Balapan berhalang menyediakan pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak. Mereka boleh melompat, merangkak, berlari, berguling atau berlatih mengimbang - dan juga boleh menggelecek bola di antara kon. Jika inginkan cabaran, ukur masa semasa mereka melakukannya!

Pagar lompat boleh disediakan dalam kedudukan rendah atau tinggi, bergantung pada umur kanak-kanak - atau sama ada mereka mahu merangkak ataupun melompat dengan kedua-dua kaki.

Kanak-kanak yang lebih tua boleh menyediakan sendiri balapan berhalang.

Semua bahagian diletakkan di dalam beg dengan bukaan jaring, jadi balapan berhalang mudah dialihkan, diletakkan semula selepas waktu bermain dan disimpan untuk masa kemudian.

Diperbuat daripada bahan yang ringan dan lembut, tanpa tepi yang tajam. Jika anak anda terpijak kon, ia melipat leper.

Hadiah yang sesuai benar untuk kanak-kanak yang gemar beraktiviti kerana balapan berhalang menggalakkan aktiviti fizikal dan membina keyakinan.

Menjadi aktif secara fizikal membantu anak anda mengembangkan kemahiran motor dan koordinasi mereka, sambil membentuk tabiat yang sihat untuk kehidupan.

Aktiviti yang sesuai benar untuk hari hujan dan pesta kanak-kanak.

Dihasilkan secara kerjasama dengan kanak-kanak dalam sesi bermain untuk mereka meluahkan fikiran dan idea mereka. Pendapat mereka mempengaruhi keputusan kami dan menjadikan produk kami lebih baik. Lagipun, mereka pakar.

Produk ini dibangunkan dengan bantuan sekumpulan pakar aktiviti fizikal di Generation PEP, termasuk pemenang pingat emas Olimpik Sweden Carolina Klüft.

Pereka

Gustav Carlberg

Nombor artikel805.504.18

Bahan dan penjagaan

Jenis bahan

Fabrik:
Poliester 100% (pengitaran semula min. 90%)
Sisipan:
Plastik polipropilena

Penjagaan

Tidak boleh dibasuh.

Jangan gunakan bahan peluntur.

Jangan guna mesin pengering.

Jangan seterika.

Jangan lakukan cucian kering.

Kesat sehingga bersih dengan kain lembap.

Keselamatan dan pematuhan

Di syorkan untuk yang berumur dari 5 tahun.

Pemasangan dan dokumen

Pengukuran

Bungkusan

SKRATTMÅS

Nombor artikel805.504.18
  • Lebar: 20 cm
  • Tinggi: 5 cm
  • Panjang: 70 cm
  • Berat: 0.86 kg
  • Bungkusan: 1

Ulasan pelanggan

4Purata pengadaran
1Ulasan

Dapatkan inspirasi gaya ini

Idea berdasarkan produk yang anda telah lihat baru-baru ini