Langkau ke kandungan utama
Lebih mampu milik

RISHOLMEN Meja kopi, luar, coklat

Harga RM 375
Harga sebelumnya: RM399

Bagaimana untuk mendapatkannya

RISHOLMEN

Pelawa mereka yang anda sayangi atau nikmati seketika bersendirian. Meja sisi daripada rotan anyaman tangan ini mempunyai bahagian atas bercorak hiasan daripada kaca jernih terbaja dan sesuai benar untuk minuman dan makanan ringan.

Nombor artikel005.904.37

Butiran produk

Meja yang diperbuat daripada rotan plastik anyaman tangan dengan bahagian atas kaca bercorak sebagai hiasan utamanya – tahan lama, tahan cuaca dan mudah dijaga.

Kaki melengkung memberikan meja ekspresi yang harmoni dan tradisional yang mewujudkan suasana yang mesra di mana sahaja anda memilih untuk meletakkannya.

Bahan anyaman tangan menyenangkan pada sentuhan dan bahagian atas kaca hiasan menghasilkan pantulan yang mengujakan apabila sinaran matahari berkelip pada permukaan bercorak.

Di bawah bahagian atas meja terdapat para-para kecil tempat anda boleh menyimpan majalah, buku dan cermin mata berhampiran.

Indah sendiri atau gabungkan dengan kerusi kepak RISHOLMEN untuk mewujudkan tempat percutian luar yang menarik.

Pereka

J Karlsson/N Karlsson

Nombor artikel005.904.37

Maklumat berguna

Memandangkan setiap produk unik dan seni kerja buatan tangan, perbezaan kecil pada bentuk mungkin berlaku.

Produk boleh dikitar semula atau digunakan sebagai pemulihan tenaga, jika terdapat di komuniti anda.

Disyorkan untuk kegunaan luar rumah.

Bahan dan penjagaan

Jenis bahan

Atas meja:
Kaca terbaja
Rangka/ Kaki:
Keluli, Poliester bersalut serbuk
Anyaman:
Plastik polietilena

Penjagaan

Meja

Pembersihan: Dengan larutan bahan cuci lembut. Lap kering dengan kain kering yang bersih.

Penyenggaraan: Tidak memerlukan penyenggaraan.

Pengstoran: Jika boleh, simpan perabot luar anda di dalam rumah di tempat yang sejuk dan kering. Jika anda perlu menyimpan perabot luar, sengetkan dan tutup dengan penutup kalis air. Untuk mengelakkan kelembapan, biarkan udara beredar

Pembaikan: Permukaan salutan serbuk melindungi keluli daripada karat. Jika salutan tertanggal, permukaannya tidak dilindungi dan boleh mula berkarat. Lap sehingga bersih dan cat semula untuk membaiki dan memulihkan perlindungan.

Kaca

Penting! Kaca ialah bahan mudah pecah dan seharusnya dikendalikan secara berhati-hati.

Keselamatan dan pematuhan

Kendali dengan berhati-hati! Bahagian tepi yang rosak atau permukaan yang tercalar boleh menyebabkan kaca retak dan/atau pecah. Elakkan pelanggaran dari sisi - bahagian di mana kaca sangat terdedah pada bahaya.Produk ini telah diuji untuk kegunaan di rumah dan memenuhi syarat ketahanan dan keselamatan, seperti yang dinyatakan dalam piawaian berikut: EN 581.

Pengukuran

  • Diameter: 74 cm
  • Tinggi: 61 cm

Bungkusan

RISHOLMEN

Nombor artikel005.904.37
  • Lebar: 76 cm
  • Tinggi: 7 cm
  • Panjang: 99 cm
  • Berat: 12.94 kg
  • Bungkusan: 1

Ulasan pelanggan

5Purata pengadaran
3Ulasan

Dapatkan inspirasi gaya ini

Idea berdasarkan produk yang anda telah lihat baru-baru ini