Bagaimana untuk mendapatkannya
Kaki plastik yang disertakan melindungi lantai daripada tercalar.
Butiran produk
Perabot diperbuat daripada akasia, kayu keras yang secara semula jadinya tahan lama dan kukuh kerana kepadatan serat kayu yang tinggi.
Gabungkan perabot luar daripada siri NAMMARO sesuka hati anda dan wujudkan ruang luar yang terselaras sebagai tempat untuk anda makan, rehat meluangkan masa bersama-sama keluarga dan rakan-rakan.
Reka bentuk yang tak makan dek zaman menjadikan siri ini mudah diletakkan dan sesuai untuk apa sahaja persekitaran yang berbeza-beza.
Perabot ini telah diprarawat agar dilindungi dengan lebih baik daripada matahari, hujan, kotoran serta lusuh dan haus lain.
Diperbuat daripada akasia boleh diperbaharui daripada sumber yang lebih lestari.
IKEA of Sweden
Maklumat berguna
Skru dan alat pemasangan yang lain anda mungkin perlu gunakan untuk memasang solusi ke dinding dengan selamat (contohnya plag dinding) tidak disertakan.
Jika anda tidak pasti tentang apakah jenis peralatan memasang untuk digunakan, sila hubungi kedai perkakasan di kawasan anda.
Produk boleh dikitar semula atau digunakan sebagai pemulihan tenaga, jika terdapat di komuniti anda.
Disyorkan untuk kegunaan luar rumah.
Melindungi perabot luar anda daripada hujan, cahaya matahari, kotoran, habuk, debunga dan salji apabila tidak digunakan.
Pastikan kawasan sekitar sentiasa kemas dan tidak berselerak.
Bahan dan penjagaan
Jenis bahan
Akasia padu, Pewarna akrilik
Penjagaan
Cara terbaik untuk memanjangkan usia perabot kayu diluar bangunan ialah dengan mencucinya dengan kerap dan tidak membiarkan di luar rumah tanpa perlindungan lebih dari yang diperlukan.
Pembersihan: Dengan larutan bahan cuci lembut. Lap kering dengan kain kering yang bersih.
Penyelenggaraan: Untuk mengelakkan permukaan kering dan merekah serta kelembapan daripada menembusi masuk ke dalam kayu, kami mengesyorkan agar anda selalu mewarnakan perabot, misalnya sekali atau dua kali setahun.
Storan: Jika boleh, simpan di tempat kering, dingin. Jika perabot disimpan di luar, tutup dengan penutup kalis air. Selepas hujan atau salji, kesat lebihan air atau salji dari permukaan yang rata. Biarkan udara beredar bagi mengelakkan pemeluwapan.
Untuk meningkatkan kestabilan perabot anda, ketatkan semula skru sekurang-kurangnya sekali setiap musim.
Keselamatan dan pematuhan
Pemasangan dan dokumen
Arahan pemasangan
NÄMMARÖ Unit para, luar905.346.54Nasihat dan arahan penjagaan
NÄMMARÖ Unit para, luar905.346.54Pengukuran
- Lebar: 83 cm
- Dalam: 40 cm
- Tinggi: 75 cm
- Beban maks./para-para: 25 kg
Bungkusan
NÄMMARÖ
Nombor artikel905.346.54- Lebar: 47 cm
- Tinggi: 16 cm
- Panjang: 87 cm
- Berat: 19.83 kg
- Bungkusan: 1




