- Busa memori
- Belakang
- Sisi
- Ergonomik
Bantal ergonomik ini memberikan keselesaan yang membuaikan dan daya tahan yang berkekalan kerana adanya busa memori yang dicincang di dalamnya. Rakan yang fleksibel yang sesuai dengan kebanyakan gaya tidur.
Butiran produk
Busa memori yang dicincang lebih lembut berbanding busa memori padu dan kepingan yang dicincang disesuaikan dengan bentuk kepala dan leher anda. Ia juga membolehkan udara panas keluar, menggantikannya dengan udara segar dan nyaman.
Pilih bantal ergonomik ini jika anda tidur telentang atau mengiring.
Bagi penidur menelentang; busa memori yang dicincang bergerak ke tepi untuk membuai kepala anda sementara masih cukup tebal di bawah leher untuk menyokong belakang anda.
Bagi penidur mengiring; busa memori yang dicincang memenuhi ruang antara leher dan bahu anda, memberikan kepala anda sokongan yang selesa.
Sarung berkuilt menjadikan bantal ergonomik lebih lembut dan ia boleh ditanggalkan untuk penjagaan yang mudah. Hanya basuh pada suhu 60°C dan keringkan. Ini membunuh hama habuk dan memastikan yang bantal sentiasa bersih.
Busa memori dalam produk ini berasal daripada sisa pengeluaran tilam busa IKEA.
IKEA of Sweden
Maklumat berguna
Kiraan benang 176.
Kiraan benang menunjukkan jumlah benang bagi setiap inci persegi fabrik. Semakin tinggi kiraan benang semakin rapat tenunan fabrik.
Produk ini diuji kemudahbakaran mengikut standard CAN/CGSB 4.2 No 27.5 dan memenuhi keperluan masa penyebaran nyalaan ≥7.1 saat
Produk ini diuji kemudahbakaran dan mematuhi standard EN ISO 12952-1.
Bahan dan penjagaan
Jenis bahan
- Fabrik/ Fabrik luar/ Fabrik dalam:
- Poliester 100 % (kitar semula 100%)
- Isi poket:
- Isi poliester
- Isi:
- Busa Poliuretana
Penjagaan
Tidak boleh dibasuh.
Jangan gunakan bahan peluntur.
Jangan guna mesin pengering.
Jangan seterika.
Jangan lakukan cucian kering.
Dibasuh mesin, maksimum 60°C, proses normal.
Jangan gunakan bahan peluntur.
Pengeringan pada suhu normal (maksimum 80°C).
Seterika, maksimum 150°C.
Jangan lakukan cucian kering.
Pengukuran
- Panjang: 50 cm
- Lebar: 80 cm
- Berat isian: 780 g
- Jumlah berat: 980 g
Bungkusan
LÖKSTAMFLY
Nombor artikel605.961.96- Lebar: 50 cm
- Tinggi: 18 cm
- Panjang: 80 cm
- Berat: 1.23 kg
- Bungkusan: 1



