Kotak mini ini sesuai untuk barang-barang kecil yang sebaliknya mudah hilang. Kemas dan praktis dan ia cocok benar dengan rak buku BILLY sama juga di atas meja anda. Sangat padan dengan barang siri FJÄDERHARV yang lain.
Butiran produk
Peti mini bebas yang diperbuat daripada papan kertas kukuh ini sesuai benar untuk menyusun barang-barang kecil - di pejabat rumah, ruang tamu atau ruang masuk anda.
Kotak mini ini masuk muat-muat dalam rak buku BILLY dan para-para lain dengan kedalaman sekurang-kurangnya 25 cm.
Anda boleh menyusun 2 almari mini bertingkat di atas satu sama lain jika anda mengguna ruang sepenuhnya di dalam almari buku anda atau di atas meja anda.
Laci mudah ditarik keluar kerana adanya pemegang pepotong di bahagian depan, dan lubang kecil di belakang yang menghalang vakum daripada terbentuk.
Barang-barang dalam siri FJÄDERHARV mudah digabungkan dan diselaraskan ketinggiannya agar nampak kemas di dalam rak buku.
M Cullin/W Braasch
Pengukuran
- Dalam: 25 cm
- Tinggi: 16 cm
- Lebar: 16 cm