Langkau ke kandungan utama
Lebih mampu milik

BILLY Rak buku berlaci, putih, 80x30x202 cm

Harga RM 399
Harga sebelumnya: RM429

Bagaimana untuk mendapatkannya

BILLY ialah rak buku yang serba guna yang berfungsi sebaik unit storan dan sesuai untuk digunakan dalam cara yang berbeza-beza di rumah.

Nombor artikel395.452.98

Butiran produk

Laci memberikan anda ruang untuk barangan seperti permainan catur, kord, peralatan kecergasan dan barangan lain yang sering anda keluarkan tetapi lsuka disembunyikan apabila tidak digunakan.

Dipasang dengan pelongsor laci yang memastikan laci di dalam rak buku tidak meluncur dan menghalangnya daripada ditarik keluar terlalu jauh.

Mudah ditarik keluar dan ditolak masuk semula kerana roda meluncur dengan lancar di atas lantai.

Para-para boleh laras rak buku membolehkan anda menentukan isi padu dan fungsi laci. Letakkan para-para terakhir sebaris dengan depan laci untuk storan tertutup sepenuhnya atau rendahkan untuk mendapatkan cengkaman yang baik pada laci.

Panel belakang dipasang menggunakan klip tekan – menjadikan BILLY mudah dipasang dan dibuka, jadi anda boleh membawanya semasa berpindah tanpa perlu beli yang baharu.

Nombor artikel395.452.98

Maklumat berguna

Perlu diingat bahawa anda memerlukan ruang yang mencukupi antara bahagian atas perabot dan siling untuk membolehkan produk ini dipasang dengan selamat pada dinding.

Boleh dilengkapkan dengan unit menambah ketinggian BILLY untuk storan tambahan secara menegak.

Boleh dilengkapkan dengan para-para tambahan untuk menambahkan ruang storan.

Produk boleh dikitar semula atau digunakan sebagai pemulihan tenaga, jika terdapat di komuniti anda.

Bahan dan penjagaan

Jenis bahan

Rak buku
Bahan asas/ Panel tepi:
Papan partikel, Kerajang kertas, Tepi plastik, Tepi plastik
Depan ketapak:
Papan partikel, Kerajang kertas
Belakang:
Bod gentian, Cat, Kerajang kertas
Laci
Bahagian hadapan laci:
Papan partikel, Kerajang kertas, Tepi plastik, Tepi plastik
Bahagian belakang laci/ Bahagian sisi laci:
Papan partikel, Kerajang plastik, Kerajang kertas, Tepi plastik, Tepi plastik
Bahagian bawah laci:
Bod gentian, Kerajang kertas, Kerajang plastik

Penjagaan

Rak buku

Lap bersih menggunakan kain yang dilembapkan di dalam larutan pencuci lembut.

Kesat sehingga kering dengan kain bersih.

Laci

Kesat sehingga kering dengan kain bersih.

Keselamatan dan pematuhan

"Mesti dipasang pada dinding. Bahan binaan dinding yang berbeza-beza memerlukan jenis peranti pemasangan yang berbeza-beza. Gunakan peranti pemasangan yang sesuai untuk dinding rumah anda, yang dijual berasingan.

Pemasangan dan dokumen

Pengukuran

  • Lebar: 80 cm
  • Dalam: 30 cm
  • Tinggi: 202 cm
  • Beban maks./para-para: 30 kg
  • Kedalaman laci (di dalam): 25 cm
  • Beban maksimum/laci: 9 kg
  • Lebar laci (dalam): 73 cm

Bungkusan

Produk ini mengandungi pakej 2

BILLY

Nombor artikel005.220.47
  • Lebar: 29 cm
  • Tinggi: 13 cm
  • Panjang: 206 cm
  • Berat: 40.00 kg
  • Bungkusan: 1

BILLY

Nombor artikel005.216.94
  • Lebar: 35 cm
  • Tinggi: 5 cm
  • Panjang: 85 cm
  • Berat: 7.98 kg
  • Bungkusan: 1

Ulasan pelanggan

4.8Purata pengadaran
5Ulasan

Aksesori untuk BILLY

Dapatkan inspirasi gaya ini

Idea berdasarkan produk yang anda telah lihat baru-baru ini