Langkau ke kandungan utama

Bahan yang membuat perbezaan pada musim bunga ini

Musim baharu ialah masa yang sesuai untuk memikirkan tentang cara produk di rumah anda dibuat. Untuk memulakan musim bunga, kami mengambil langkah-langkah untuk menggunakan bahan yang lebih lestari dan boleh dibaharui seperti kaca kitar semula, kelengkapan menangkap ikan kitar semula dan buluh yang cepat tumbuh.

Vas KONSTFULL berwarna hijau, kaca jernih, coklat dan hijau berkabut disusun di atas saidbod kayu, sambil cahaya memancar ke dalam.
Vas KONSTFULL berwarna hijau, kaca jernih, coklat dan hijau berkabut disusun di atas saidbod kayu, sambil cahaya memancar ke dalam.

Penyelesaian storan dari laut

Oi! Pastikan rumah anda dalam keadaan teratur pada musim bunga ini dengan cangkuk berbentuk kapal ini. Lebih daripada 90% bahan kitar semula digunakan untuk membuatnya daripada sumber yang menghairankan: jala dan tali pancing terpakai yang dikumpulkan oleh nelayan.

Lihat semua cangkuk
Lima cangkuk berbentuk kapal KNOPARE berwarna hijau tergantung pada jubin berwarna hijau buah zaitun di dalam bilik mandi.
Lihat semua cangkuk
Pereka bentuk Ilse Crawford memakai baju berwarna putih dan kalung yang besar dan tebal sedang bersandar pada permukaan atas kerja di dalam studionya.
Kami melihat kelestarian bukan sahaja sebagai bahan dan proses yang lebih baik, tetapi juga sebagai kelanjutan usia – membuat barang-barang indah yang berkualiti tinggi yang orang ramai ingin menyimpannya.

Ilse CrawfordPereka bentuk

Aksesori musim bunga yang dibuat secara prihatin

Kumpulan vas kaca tiupan mulut yang baharu ini oleh pereka bentuk British Ilse Crawford dan studio reka bentuknya StudioIlse dibuat daripada kaca kitar semula.

Lihat semua vas
Lihat semua vas

Kemas dengan bergaya

Dibuat daripada buluh dan dianyam dengan tangan oleh tukang-tukang yang mahir, setiap bakul kain cucian SALUDING merupakan kerja seni yang unik. Buluh ialah bahan organik yang mewujudkan ketenangan dalam keadaan kelam-kabut.

Lihat semua bakul kain cucian
Beg sebelah dalam kelihatan di dalam bakul kain cucian buluh SALUDING buatan tangan dalam persekitaran yang disinari cahaya matahari.
Lihat semua bakul kain cucian

Lebih baik untuk mencencang dan juga planet kita

Landas cencang ini dibuat daripada 100% buluh, bahan boleh dibaharui yang lebih mesra alam kerana ia tumbuh kembali dengan cepat. Ia juga tahan lama dan kuat, menjadikannya ideal untuk penyediaan makanan setiap hari.

Lihat semua landas cencang
Gambar dekat tepi bulat lembut landas cencang buluh STOLTHET, dengan buah lemon yang dihiris terletak di atasnya.
Lihat semua landas cencang