Langkau ke kandungan utama

Dapur bersama yang melakukan segala-galanya

Apabila pasangan yang tinggal di pangsapuri loteng ini menjadikan rumah mereka sebagai ruang kerja bersama, mereka terpaksa memikirkan semula tentang cara mereka menggunakan dan mengatur dapur mereka sebelum ini. Semuanya kelihatan sedikit berbeza sekarang, daripada bilangan koleh di dalam sink kepada cara mereka menikmati makanan tengah hari mereka. Walaupun dengan semua perubahan dan tambahan itu, dapur moden ini masih penuh dengan sentuhan peribadi dan tersendiri yang menjadikannya unik.

Dapur METOD yang moden dengan bahagian hadapan berwarna kelabu gelap dan permukaan atas kerja kayu serta penahan percikan jubin dapur.
Dapur METOD yang moden dengan bahagian hadapan berwarna kelabu gelap dan permukaan atas kerja kayu serta penahan percikan jubin dapur.
Dapur METOD dengan pulau dapur kayu yang di atasnya terletak pinggan dan bekas makanan bawa pulang.
Ruang permukaan atas kerja penting untuk dapur serba guna macam ini. Pulau dapur hebat untuk apa jua majlis, daripada meletakkan makanan tengah hari kepada minuman pada malam hari.

Hans BlomquistPereka hiasan dalaman

Sembunyikan dan pamerkan

Storan adalah penting di dapur ini. Dengan banyaknya storan tertutup di bawah permukaan kerja dan pulau dapur, terdapat ruang yang lebih daripada cukup untuk menyimpan aksesori dan perkakas dapur peribadi dan juga dapur bersama. Tetapi tidak semuanya harus disimpan: cangkuk dan rel memudahkannya untuk mengambil periuk, kuali dan perkakas dapur, dan menghidupkan ruang itu dengan sentuhan peribadi.

Dapur moden dengan bahagian hadapan VOXTORP berwarna kelabu gelap, dengan permukaan atas kerja kayu dan penahan percikan jubin dapur.
Paip dapur ÄLMAREN di atas sink dengan pinggan mangkuk dan cawan di bahagian belakang.
Air dituangkan dari cerek perak ke dalam pembancuh kopi EGENTLIG di permukaan atas kerja kayu.
Rel dapur dengan kuali dan landas cencang kayu tergantung padanya.
Pembesar suara Bluetooth ENEBY berwarna hitam di permukaan atas kerja kayu.

Sesuatu sedang dibru

Tiada dapur bersama akan lengkap tanpa semua keperluan kopi untuk menangani keadaan mengantuk pada waktu petang! Daripada perkolator kepada koleh dan cawan berbilang saiz, inilah yang anda akan perlukan untuk melengkapi dapur anda, gaya kafeina.

Lihat semua koleh & cawan
Lihat semua koleh & cawan

Gabung padan yang menakjubkan

Seperti mana-mana tempat lain di dalam rumah anda, dapur anda dapat menggambarkan diri anda – bukan sahaja dalam hidangan lazat yang anda sediakan, tetapi juga dalam gaya-gaya berbeza yang anda pilih. Dapur bersama ini mempunyai rasa anggun dan moden, diserlahkan dengan permukaan atas kerja kayu yang indah, penahan percikan berjubin dan pameran pelbagai item peribadi, seperti barang-barang perak antik dan kerja seni.

Lihat semua dapur METOD
Dapur METOD dengan penahan percikan jubin dapur, pulau dapur kayu dan dua tong sampah berpedal MJÖSA.
Lihat semua dapur METOD
Permukaan atas kerja kayu yang mempunyai dulang berisi barang-barang perak antik. Di atasnya, terdapat rel dapur dengan perkakas dapur tergantung padanya.
Gambar dekat rel dapur dengan perkakas dapur keluli tahan karat tergantung padanya.