Syarat Penggunaan Penilaian dan Ulasan Pelanggan
1. Syarat Penggunaan ini terpakai apabila anda menggunakan perkhidmatan Penilaian dan Ulasan Pelanggan ("Perkhidmatan CRR") yang ditawarkan oleh Ikano Handel Sdn Bhd dan disiarkan di laman web IKEA Malaysia www.ikea.com/my. “IKEA Malaysia/kami/kita dalam Syarat Penggunaan ini merujuk pada Ikano Handel Sdn Bhd.
2. Setakat mana jika terdapat apa-apa percanggahan antara Dasar Privasi Data Peribadi dan Syarat Penggunaan ini, maka Syarat Penggunaan ini akan di utamakan berkenaan Perkhidmatan CRR.
3. Dengan menghantarkan apa-apa kandungan kepada kami, anda mewakil dan menjamin bahawa:
a) Anda membeli produk yang diberikan ulasan terus daripada IKEA Malaysia;
b) Anda ialah pengarang tunggal dan pemilik hak harta intelek kandungan;
c) Semua hak harta intelek yang anda mungkin ada dalam kandungan tersebut telah dilepaskan secara sukarela oleh anda;
d) Semua kandungan yang anda hantar adalah tepat;
e) Anda berumur sekurang-kurangnya 18 tahun;
f) Penggunaan kandungan yang anda bekalkan tidak melanggar Syarat Penggunaan ini dan tidak akan menyebabkan kecederaan kepada mana-mana orang atau entiti.
4. Anda seterusnya bersetuju dan menjamin bahawa anda tidak akan menyerahkan apa-apa kandungan:
a) Yang diketahui oleh anda sebagai palsu, tidak tepat atau mengelirukan;
b) Yang melanggar hak cipta, paten, tanda dagangan, rahsia dagangan atau hak pemilik lain atau hak publisiti atau privasi mana-mana pihak ketiga;
c) Yang melanggar mana-mana undang-undang atau peraturan;
d) Yang, atau boleh secara munasabahnya dianggap sebagai penyataan fitnah, libel, kebencian, perkauman atau agama yang berat sebelah atau menyinggung perasaan, mengancam secara tidak sah dari segi undang-undang atau mengganggu secara menyalahi undang-undang terhadap mana-mana individu, perkongsian atau perbadanan;
e) Yang mana anda telah diberi pampasan atau diberikan apa-apa balasan oleh mana-mana pihak ketiga;
f) Yang termasuk apa-apa maklumat yang merujuk laman web, alamat, alamat e-mel, maklumat hubungan atau nombor telefon lain;
g) Yang mengandungi apa-apa virus komputer, cecacing atau program atau fail komputer lain yang berpotensi merosakkan.
5. Anda bersetuju untuk menanggung rugi dan memastikan kami (dan pegawai, pengarah, ejen, anak syarikat, usaha sama, pekerja dan penyedia perkhidmatan pihak ketiga kami), tidak berbahaya daripada semua tuntutan, desakan dan ganti rugi (langsung dan tidak langsung) dari setiap jenis dan sifat, diketahui dan tidak diketahui termasuk bayaran peguam yang munasabah, yang timbul akibat daripada pelanggaran representasi dan perwakilan anda yang dinyatakan di atas, atau pelanggaran anda terhadap mana-mana undang-undang atau hak pihak ketiga.
6. Untuk apa-apa kandungan yang anda hantarkan, anda memberi kami hak yang kekal, tidak boleh ditarik balik, bebas royalti, boleh dipindah milik dan lesen untuk menggunakan, menyalin, mengubah suai, memadam secara keseluruhannya, menyesuaikan, menerbitkan, menterjemah, mencipta karya terbitan daripada dan/atau menjual dan/atau mengedarkan kandungan tersebut dan/atau menggabungkan kandungan tersebut ke dalam apa-apa bentuk, medium atau teknologi di seluruh dunia tanpa pampasan kepada anda. Semua kandungan yang anda serahkan boleh digunakan mengikut budi bicara kami.
7. Kami berhak untuk menolak penyiaran, mengubah, memendekkan atau memadam apa-apa kandungan di laman web yang kami anggap, mengikut budi bicara kami sendiri, yang melanggar garis panduan kandungan atau mana-mana peruntukan lain Syarat Penggunaan ini. Kami tidak menjamin bahawa anda akan mempunyai apa-apa bantuan melalui kami untuk mengedit atau memadam apa-apa ulasan yang telah anda siarkan.
8. Penilaian dan ulasan bertulis biasanya disiarkan di laman web dalam tempoh empat hari perniagaan selepas dihantar. Walau bagaimanapun, kami berhak untuk mengeluarkan atau menolak penyiaran apa-apa kandungan atas apa-apa sebab sekalipun. Anda mengakui bahawa anda, bukan kami, bertanggungjawab terhadap kandungan serahan anda. Tiada kandungan yang anda serahkan akan tertakluk pada apa-apa obligasi kepercayaan di pihak kami, ejen, anak syarikat, ahli gabungan, rakan kongsi atau penyedia perkhidmatan pihak ketiga kami dan pengarah, pegawai dan pekerja masing-masing.
9. Syarat Penggunaan ini dikawal oleh undang-undang Malaysia dan apa-apa pertikaian berhubung dengannya adalah tertakluk pada bidang kuasa eksklusif dan mahkamah yang sesuai di Malaysia.
10. Dengan menyerahkan kandungan anda kepada kami, anda bersetuju dengan pengumpulan kandungan anda dan apa-apa data peribadi yang berkaitan dengan kandungan anda, termasuk nama dan alamat e-mel anda. Kami hanya akan menggunakan data peribadi anda bagi tujuan penyiaran ulasan anda di laman web kami dan untuk menghubungi anda tentang status ulasan anda dan tujuan pentadbiran lain, melainkan anda memberikan kebenaran untuk kami menggunakan data peribadi anda untuk tujuan lain yang dipersetujui. Data peribadi anda mungkin dipindahkan ke pelayan web yang terletak di luar negara tempat anda tinggal atau kepada ahli gabungan atau pihak ketiga yang diberi kuasa lain yang berpangkalan di negara lain supaya mereka boleh memproses data peribadi bagi pihak kami. Anda bersetuju dengan pengumpulan, penggunaan, pendedahan, pemindahan, penyimpanan dan pemprosesan data peribadi anda menurut Dasar Privasi kami dan undang-undang dan peraturan perlindungan data yang berkenaan.
11. Sekiranya berlaku sebarang percanggahan Syarat Pengunaan ini dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
Sekiranya anda mempunyai apa-apa soalan lanjut tentang atau ingin membuat aduan atau akses data atau permintaan pembetulan berkenaan dengan data peribadi anda, sila hubungi Pusat Hubungan Khidmat Pelanggan kami:
Nombor perhubungan: 03 7952 7575
Alamat e-mel: [email protected]
Tarikh dikemas kini: 15/12/2022