Langkau ke kandungan utama

5 langkah untuk membeli dapur IKEA

Dapur IKEA direka bentuk supaya anda boleh memasangnya sendiri. Ikut proses lima langkah yang mudah ini, daripada perancangan hinggalah pemasangan, untuk memastikan anda memiliki dapur impian anda. Sekiranya anda ada apa-apa pertanyaan, jangan berasa keberatan untuk bercakap dengan pakar dapur kami di gedung IKEA yang berdekatan atau layari IKEA.my

Ilustrasi dapur berwarna hijau dengan tombol dan permukaan atas kerja berwarna putih berlatarbelakangkan dinding berwarna kuning air dengan tingkap kecil.
Ilustrasi dapur berwarna hijau dengan tombol dan permukaan atas kerja berwarna putih berlatarbelakangkan dinding berwarna kuning air dengan tingkap kecil.

1. Cari gaya anda

Tiba masanya untuk bermimpi sedikit, lihat beberapa idea, pertimbangkan keperluan anda dan buat keputusan tentang dapur impian anda. Panduan membeli ini dibuat untuk memberi anda gambaran keseluruhan tentang beberapa kemungkinan tetapi ada banyak lagi. Anda boleh menemui lebih banyak idea dan inspirasi di laman web kami, dalam risalah dapur atau dengan mengunjungi gedung IKEA yang berdekatan.

Lihat semua bahagian hadapan dapur
Ilustrasi tiga kabinet dapur yang berbeza dengan paip campuran, lampu, bingkai gambar dan para yang penuh dengan barang-barang.
Lihat semua bahagian hadapan dapur

2. Ukur

Apabila mengukur, penting agar jangan terburu-buru dan pastikan ukuran anda betul. Ini akan merupakan asas untuk semua perancangan anda. Untuk betul-betul melihat perkara yang perlu diukur, dapatkan salinan panduan perancangan ‘Your new IKEA Kitchen (Dapur IKEA baharu anda)’ di gedung IKEA yang berdekatan atau di IKEA.my

Tempah perkhidmatan pengukuran anda
Ilustrasi seorang wanita berambut merah duduk di atas lantai sambil memegang pita pengukur dalam kedua-dua tangannya di hadapan tingkap.
Tempah perkhidmatan pengukuran anda

3. Rancang

Kami tidak mahu anda berasa risau tentang merancang dapur anda. Sebab itulah kami menawarkan perkhidmatan perancangan secara percuma di gedung kami, Jika anda berasa lebih selesa untuk mendapat bantuan tanpa meninggalkan rumah anda, salah seorang pakar perancangan dapur juga boleh membantu anda dengan pelan anda melalui perkongsian desktop, e-mel atau telefon.

Mulakan perancang dapur IKEA
Ilustrasi sebelah tangan yang menggunakan alat perancangan dapur pada tablet.
Mulakan perancang dapur IKEA

4. Pesan

Apabila anda sudah berpuas hati dengan perancangan anda, kunjungi gedung IKEA yang berdekatan dan berjumpa dengan pakar dapur kami. Mereka akan menyemak pelan dapur anda bersama-sama dan membantu anda menyelesaikan apa-apa perkara yang anda tidak pasti. Apabila anda sudah bersedia, anda boleh membuat pesanan dan kami boleh membantu dengan penghantaran.

Tempah janji temu dengan pakar dapur
Ilustrasi troli beli-belah yang penuh dengan tindanan bungkusan, pokok berpasu dan periuk dengan penutup dalam keadaan seimbang di atas.
Tempah janji temu dengan pakar dapur

5. Pasang

Dapur IKEA direka bentuk supaya anda dapat memasangnya sendiri, tetapi kami sedia menawarkan seberapa banyak bantuan yang anda perlukan.

Tempah perkhidmatan pemasangan anda
Ilustrasi seorang lelaki bercermin mata sedang memasang kabinet menggunakan pemutar skru, dengan pengaras spirit di atas para.
Tempah perkhidmatan pemasangan anda