Cara merancang dan membeli dapur IKEA sendiri

Dapur METOD IKEA dengan pintu HITTARP dan laci MAXIMERA.

Dapur IKEA direka bentuk untuk dipasang oleh anda sendiri.

Di IKEA, kami mereka bentuk dapur kami agar cukup mudah untuk anda memasangnya sendiri. Sama ada dapur anda besar atau kecil, kami menawarkan produk dapur terselaras yang akan menyokong setiap keperluan anda. Jadi, mari kita bermula!


1. Ukur dapur anda

Ukuran adalah penting kerana ia merupakan asas dapur anda.

Luangkan masa yang banyak untuk mengukur dengan tepat. Pastikan ukuran anda dalam milimeter supaya dapur baharu anda muat dalam ruang anda. Beginilah cara untuk melakukannya.

Mengukur bilik anda

01 Mula dengan mengukur lantai hingga siling. Kemudian jarak di antara dinding dan dari penjuru ke pintu.

Mengukur bilik anda

02 Ukur setiap tingkap dan jaraknya dari lantai, siling dan penjuru bilik anda. Lakukan perkara yang sama untuk pintu.

Mengukur bilik anda

03 Tandakan apa-apa sahaja yang terjulur keluar ke dalam bilik, contohnya paip, dan juga kedudukan alur keluar kuasa, suis lampu, longkang dan bekalan air (yang ada dan juga yang baharu).

Mengukur permukaan atas kerja

04 Mula dengan mengukur permukaan atas kerja anda dari penjuru yang ia akan bercantum dengan dinding. Pastikan anda mengambil ukuran di sepanjang dinding dan sentiasa bermula dari titik yang sama.

Mengukur permukaan atas kerja

05 Apabila mengukur kedalamannya, mula dari dinding dan ukur ke luar. Jangan lupa tambah 15 mm untuk unjuran.

Mengukur permukaan atas kerja

06 Jika anda perlu mengukur permukaan atas kerja bebas (contohnya, pulau dapur), cuma mula dari satu hujung dan tambah 30 mm untuk unjuran.


2. Rancang dapur anda

Lakarkan dapur anda dan lihat penampilannya.

Apabila merancang dapur anda, fikirkan tentang tiga zon kerja: penyediaan dan memasak (warna merah), membasuh (warna biru), dan storan makanan (warna hijau). Cara anda menempatkan zon kerja anda dan jarak di antara satu sama lain dipanggil segi tiga kerja.

Merancang dapur anda

01 Segi tiga yang berfungsi dengan baik membantu anda beralih dengan cepat dan senang daripada satu kerja kepada kerja yang lain - dan ia memudahkannya jika terdapat lebih daripada seorang di dapur melakukan kerja yang berbeza pada masa yang sama.

Merancang dapur anda

02 Dapur sebaris adalah sempurna apabila ruang terhad. Sebenarnya ia bukanlah segi tiga tetapi tiga titik tersebut masih bersambung.

Merancang dapur anda

03 Dapur selari adalah hebat jika anda mempunyai ramai orang memasak pada masa yang sama. Terdapat juga banyak ruang untuk penyediaan dan storan makanan.

Merancang dapur anda

04 Dapur berbentuk L menggunakan penjuru sepenuhnya. Ia juga ideal jika anda mahu menambah meja makan atau pulau dapur kecil.

Merancang dapur anda

05 Jika anda ada ruang, menambah pulau dapur di dapur anda memberi anda storan tambahan dan banyak ruang kerja - di samping tempat bersosial yang hebat. Adakan jarak 1200 mm di antara pulau dapur dan kabinet lain untuk bergerak dengan bebas.

Merancang dapur anda

06 Jika anda ada bilik besar, susun atur berbentuk U adalah hebat. Ia memberi anda ruang maksimum dan banyak pilihan storan.


3. Pesan dan bawanya pulang

Apabila anda sudah berpuas hati dengan pelan dapur anda, tiba masa untuk memesannya.

Tetapi kami mengesyorkan supaya anda mengunjungi gedung IKEA berdekatan anda dan berjumpa dengan pakar dapur kami dahulu. Mereka akan membantu anda menangani apa-apa yang anda tidak pasti, dan akan meneliti pelan anda untuk memastikan semuanya sesuai.


4. Pasang dapur anda

Mula dengan mengambil panduan pemasangan dapur IKEA di gedung IKEA berdekatan anda atau memuat turun versi digital di laman web kami. Panduan ini menunjukkan cara memasang dapur anda sendiri, langkah demi langkah. Selain itu, penting bahawa anda mematuhi arahan pemasangan yang disertakan di dalam bungkusan produk.

Panduan Pemasangan Dapur IKEA

Perkhidmatan kami

Anda boleh melakukannya sendiri, tetapi anda tidak perlu berbuat demikian.

Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk memudahkan lagi hidup anda. Untuk butiran lanjut, bercakap dengan pekerja di gedung IKEA atau layari IKEA.my/services.