Langkau ke kandungan utama

Perkhidmatan Perancangan Dalam Talian

Kami menawarkan perkhidmatan perancangan untuk dapur METOD, almari pakaian PAX dan penyelesaian storan BESTÅ. Berdasarkan gaya, warna dan perincian ruang tinggal anda, pakar perancangan kami akan mengurus hal-hal perancangan untuk anda.

Apakah yang anda cari?
Dapur | Almari pakaian | Storan ruang tamu


Perancangan dapur dalam talian

Rancang dapur impian anda dengan selesa dari rumah anda

METOD ialah sistem dapur fleksibel yang boleh disesuaikan mengikut keperluan anda.

Nikmati secawan kopi dan biarkan kami merancang dapur yang berfungsi lebih daripada hanya memasak. Mencipta dapur impian anda tidak pernah semudah sekarang!

Hantarkan permintaan anda untuk perkhidmatan perancangan METOD kepada kami

Lihat Risalah dapur kami

Lihat Jaminan dapur IKEA


Perancangan almari pakaian dalam talian

Reka bentuk almari pakaian anda yang sempurna tanpa meninggalkan katil anda yang nyaman dan selesa

Almari pakaian PAX kami dibina agar tahan lama dan boleh digabungkan dalam pelbagai cara.

Perlukan sedikit bantuan dan inspirasi berkaitan dengan reka bentuk almari pakaian anda? Pakar kami bersedia untuk merancang almari pakaian impian anda yang sesuai dengan gaya anda.

Kekal di atas katil lebih lama sedikit dan biarkan kami mengurus hal-hal perancangan untuk anda.

Hantarkan permintaan anda untuk perkhidmatan perancangan PAX kepada kami

Lihat Risalah almari pakaian kami

Lihat Jaminan almari pakaian PAX


Penyelesaian storan ruang tamu dalam talian

Reka bentuk penyelesaian storan anda yang sempurna tanpa meninggalkan rumah anda

Sistem BESTÅ membolehkan anda membina set perabot TV peribadi dengan pilihan storan dan pameran.

Sama ada ruang tamu anda moden, tradisional atau sesuatu yang lain sama sekali, kami ada banyak idea storan ruang tamu untuk membantu anda.

Jadi, berehatlah dan biarkan kami mengurus hal-hal perancangan untuk anda.

Hantarkan permintaan anda untuk perkhidmatan perancangan BESTÅ kepada kami

Lihat Risalah BESTÅ kami


Sedang mencari pakar? Kami ada semua yang anda perlukan untuk merealisasikan rumah impian anda.

Bagaimanakah ia berfungsi?

1. Hantarkan permintaan anda melalui e-mel kepada gedung pilihan anda:

2. Berehatlah dan biarkan kami mengurus hal-hal perancangan untuk anda!

Anda mungkin berminat dengan