Langkau ke kandungan utama

Tidur lebih baik. Hidup lebih baik.

Cara untuk rasa gembira? Tidur malam yang nyenyak.

Satu pertiga daripada kehidupan kita dihabiskan untuk tidur, dan tidur malam yang nyenyak adalah penting bagi kita untuk berasa sihat dan berehat sepenuhnya. Sebab itu kami mengumpul semua tilam, pad tilam, pelindung, bantal dan kuilt dalam panduan yang bermanfaat supaya anda boleh mencari penyelesaian terbaik untuk tidur malam yang lebih baik.


Tilam

Apabila bercakap tentang tilam, satu saiz tidak sesuai untuk semua. Kami memahaminya kerana setiap orang berbeza dan cara tidur mereka pun berbeza. Itu sebabnya mengapa kami menawarkan rangkaian tilam dengan pelbagai tahap keselesaan dan tetapan sokongan untuk membantu anda mendapatkan padanan yang sesuai.

Hampir kesemua tilam kami disertakan dengan jaminan 10 tahun terhadap kecacatan dan kemahiran kerja. Dan kerana kami tahu ia mengambil masa untuk anda dan tilam anda membiasakan diri dengan satu sama lain, anda ada sehingga 365 hari untuk mengembalikan tilam anda jika anda tidak berasa serasi. 

Tilam busa & spring

Apakah jenis tilam yang berbeza-beza itu? Ini ialah jenis utama bagi tilam. Dalam setiap jenis, anda akan menemui banyak pilihan berbeza-beza supaya anda boleh memilih keselesaan dan sokongan terbaik untuk anda mendapatkan tidur malam yang nyenyak.

Tidak pasti tilam mana yang hendak dipilih? Dapatkan kebahagiaan keselesaan tidur terbaik anda dengan panduan keselesaan kami. Ambil bahagian dalam kuiz keselesaan.

Tilam spring

Dalam tilam spring, spring memastikan tubuh anda dalam kedudukan yang selesa, disokong dengan sekurang-kurangnya satu lapisan busa untuk keselesaan tambahan. Berat badan anda tersebar secara sekata di seluruh tilam, jadi tidak terlalu banyak tekanan pada mana-mana bahagian tubuh anda. Anda tidak akan berasa terlalu panas, kerana binaan spring terbuka membenarkan udara beredar. 

Tilam busa & lateks

Tilam busa dan lateks boleh mengandungi jenis busa berbeza-beza, termasuk busa memori, tetapi semuanya memberikan sokongan yang baik, menyesuaikan bentuknya dengan kontur tubuh anda, dan menyerap kejutan pergerakan tubuh. Tilam busa yang lembut dan anjal menyebarkan berat badan anda secara sekata untuk peredaran darah yang lebih baik. 

Petua untuk kehidupan yang lestari

Lihat lebih banyak lagi

Digulung dan sedia untuk pergi

Tilam IKEA kini digulung sebagai bungkusan kemas yang mengambil ruang minimum. Jadi, trak kami mengangkut lebih banyak dengan kurang bahan api. Ia juga bermaksud anda boleh membawanya pulang menaiki bas atau dimuatkan ke dalam but.

Lihat lebih banyak lagi

Pelindung tilam

Penambahan pelapik tilam dan/atau pelindung tilam ialah cara yang mudah untuk menambah lapisan tambahan keselesaan pada tilam anda. Ia menambah hayat tilam anda dengan melindunginya daripada habuk, debu dan kekotoran.

Pelindung tilam

Pelindung tilam akan membantu tilam anda atau pelapik tilam anda tahan lebih lama dengan melindunginya daripada kotoran dan habuk. Ia mudah ditanggalkan dan dicuci apabila perlu, dan ia memberikan keselesaan dan kelembutan tambahan.

Pelapik tilam

Pelapik tilam diletakkan di atas tilam anda untuk memberikan lebih keselesaan, dan bantu melindungi daripada kotoran dan habuk. Ia mudah ditanggalkan untuk menganginkan dan mencuci, supaya anda boleh memastikan tilam anda berasa segar.

Rangkaian penyejukan

Ingin tidur sejuk dan lebih selesa pada waktu malam? Lihat pelindung tilam dengan rasa sejuk untuk membantu anda bersantai dan tidur sepanjang malam.


Kuilt dan bantal

Kuilt dan bantal ialah bahagian penting bagi keseluruhan keselesaan tidur. Bantal yang dirasakan paling sesuai untuk anda, bersama-sama dengan kuilt buatan bahan pilihan anda dan tilam paling sesuai untuk anda ialah asas untuk tidur malam anda yang sempurna.

Kuilt

Kuilt yang benar-benar sesuai untuk anda ditentukan oleh pilihan tidur anda. Duvet kami boleh didapati dalam pelbagai pengadaran kehangatan dan isi supaya anda boleh memilih yang terbaik untuk anda. Jadi sama ada anda sukakan keadaan panas atau sejuk di katil, sukakan bulu kapas dan bulu pelepah atau bahan baharu, seperti lyocell yang mudah dijaga, anda akan menemui set kuilt yang anda perlukan untuk tidur malam yang selesa.

Bantal

Kami menawarkan bantal dalam skala keselesaan yang lebih lembut dan lebih tegar. Kami juga menyarankan tilam mengikut cara anda tidur - mengiring, baring atau meniarap. Dengan pelbagai pilihan isi daripada bulu kapas dan bulu pelepah, busa memori atau poliester dan sarung diperbuat daripada bahan semula jadi dan boleh dibaharui, ia akan menyokong hati nurani anda serta gaya tidur anda.

Rangkaian bantal & pelindung bantal penyejukan

Bantal rangkaian penyejukan ergonomik kami dengan pelindung bantal penyejukan tambahan memberikan anda permukaan tidur yang sejuk dan menenangkan. Ini bermaksud anda tidur secara selesa sepanjang malam tanpa bangun berasa panas dan berlengas.


Linen katil & tekstil

Rahsia untuk tidur dengan selesa? Linen katil lembut yang bergaya dan mampan, kusyen yang memberikan keselesaan tambahan dan ambal yang memberikan lapisan kehangatan tambahan. Semua dengan harga dan gaya yang anda sangat inginkan. 

Terdapat hanya satu perkara yang benar-benar penting apabila bercakap tentang peralatan tempat tidur, iaitu keselesaan. Semua linen katil kami sangat lembut dan selesa, dan banyak rangkaian kami diperbuat daripada kapas yang lestari supaya ia juga lebih baik untuk alam sekitar.
Nikmati tidur malam yang lebih selesa dan tambah alas tidur. Ia cara yang paling mudah untuk menambah lebih sedikit kelembutan pada kehidupan anda, dan anda boleh menukarnya seberapa kerap mengikut emosi.
Tambah suasana, gaya dan keselesaan pada bilik tidur dan rumah anda dengan beberapa kusyen tambahan. Tukar sarung dan dengan serta-merta anda dapat mengubah rupa bilik tidur anda dengan paling mudah dan paling mampu milik yang pernah dilihat.
Selimut dan alas kami mungkin cara yang lebih mudah untuk menghangatkan (dan menggayakan) rumah anda - membalutinya di sekeliling bahu anda atau pada lutut anda, duduk bersantai dan bersandar. 

Petua untuk kehidupan yang lestari

Baca selanjutnya

100% komited kepada kapas yang lestari

Semua kapas yang kami gunakan untuk produk IKEA berasal daripada sumber yang lebih lestari. Semua kapas IKEA sama ada dikitar semula atau ditanam dengan kurang air dan racun perosak serta meningkatkan keuntungan kepada peladang kapas.

Baca selanjutnya
Lihat semua tekstil katil linen

Untuk cinta kepada linen

Pada masa dahulu, linen hanya untuk orang tertentu. Kini, ia boleh dinikmati oleh semua orang. Ditanam dengan kurang air dan racun perosak, bahan semula jadi ini menghasilkan peralatan tempat tidur yang lembut, lut udara untuk tidur malam yang lebih nyenyak. 

Lihat semua tekstil katil linen

Segala-galanya yang anda perlukan untuk bilik tidur yang menenangkan dan tidur malam yang lebih nyenyak

Perlukan bantuan merancang untuk katil impian anda? Rancangnya dengan perancang katil kami

Semua orang sukakan ruang luar, tetapi di bilik tidur ia penting untuk kita pastikan elemen seperti cahaya matahari dan angin berada di luar. Siri langsir dan bidai menambah baik pemandangan anda dari dalam rumah dengan mencipta atmosfera yang indah dan memastikan anda boleh berehat tanpa gangguan dari luar.
Sama ada yang mewah, tenunan rata, bulat, segi empat sama atau buatan kulit kambing, ambal memberikan gaya, keselesaan dan suasana di bilik tidur anda. Dan menyenyapkan hingar daripada ruang lain, atau daripada bunyi pasangan anda melangkah semasa anda menikmati tidur.
Pastikan anda bersedia untuk tidur dengan memadamkan lampu utama dan memilih cahaya sisi katil yang lebih lembut dan surut. Memalapkan paras cahaya semasa anda tertidur memastikan anda mendapat rehat malam yang sempurna.
Kualiti udara bukan faktor paling ketara untuk mendapatkan tidur malam yang nyenyak, tetapi udara yang tidak bersih atau paras kelembapan yang tidak seimbang di rumah anda boleh mengganggu tidur anda dan menjejaskan kesihatan anda. Tingkatkan kualiti udara di bilik tidur anda dengan rangkaian produk kualiti udara kami.
Persekitaran yang tenang dan selesa penting untuk tidur malam yang nyenyak. Bilik yang teratur dan bebas selerak sama pentingnya seperti mempunyai bantal yang sempurna.

Video inpirasi untuk tidur yang lebih baik

Ketahui tentang 6 elemen yang membantu anda tidur lena.


Perancangan dan perundingan

Nasihat peribadi daripada pakar

Ketahui lebih lanjut

Pemasangan

Perkhidmatan lengkap untuk dapur atau bilik mandi

Ketahui lebih lanjut

Polisi pemulangan

Jika anda tidak berpuas hati sepenuhnya

Ketahui lebih lanjut

Pilihan pembayaran

Cara membayar, di gedung dan dalam talian

Ketahui lebih lanjut