Tidur lebih baik. Hidup lebih baik.

Cara untuk rasa gembira? Tidur malam yang lena.

Kita tidur satu pertiga daripada hidup kita. Tidur malam yang lena penting supaya kita sihat dan dapat berehat secukupnya. Sebab itu kami mengumpul semua tilam, pad tilam, pelindung, bantal dan kuilt dalam buku panduan yang bermanfaat supaya anda boleh mencari penyelesaian terbaik untuk tidur malam yang lebih baik.


Tilam

Satu saiz tilam tidak sesuai untuk semua orang. Kami memahaminya kerana setiap orang berbeza dan cara tidur mereka pun berbeza. Sebab itu kami menawarkan siri tilam yang pelbagai tahap keselesaan dan sokongan untuk membantu anda mencari padanan yang sesuai.

 

Hampir semua tilam kami mempunyai jaminan 25 tahun terhadap kecacatan dan pertukangan. Oleh sebab kami juga tahu anda dan tilam anda memerlukan masa untuk saling mengenali, anda mempunyai masa 365 hari untuk memulangkan tilam anda jika anda tidak serasi.

Jaminan Tilam 25 Tahun

Dasar Pemulangan 365 Hari

Tilam Spring & Busa
 

Kami ada pilihan tilam yang berbeza. Sama ada anda suka tidur di atas permukaan spring, getah atau busa, anda pasti senang hati kerana semua tilam IKEA direka bentuk khusus untuk keselamatan dan sokongan anda.

Tilam spring

Kelengkapan bilik tidur IKEA, binaan tilam spring

Tilam spring membahagi-bahagikan berat anda secara seragam. Jadi, tiada tekanan tambahan pada sebarang bahagian badan anda. Pembinaan spring terbuka bermakna udara mengalir melalui tilam supaya anda tidak rasa terlalu panas ketika tidur. Selain itu, tilam spring sangat tahan lama. Jadi, anda pasti akan tidur malam lena bertahun-tahun akan datang.

Tilam busa

Hiasan bilik tidur IKEA, Lapisan tilam busa

Tilam busa memberikan sokongan dengan membentuk tilam mengikut badan anda dan membahagi-bahagikan berat badan anda. Ia lembut dan tahan lasak. Ia juga memudahkan pengedaran darah untuk membantu anda berehat sepenuhnya. Ia juga menyerap kejutan pergerakan. Jadi, jika pasangan anda tidur berkalih-kalih pada waktu malam, anda pasti akan tidur lena.

Masih tidak dapat membuat keputusan? Panduan kami boleh membantu!

Produk popular


Pad Tilam & Pelindung Tilam

Penambahan pad tilam dan/atau pelindung tilam ialah cara yang mudah untuk menambah lapisan tambahan keselesaan pada tilam anda. Ia menambah hayat tilam anda dengan melindunginya daripada habuk, debu dan kekotoran.

Pad tilam

Pad tilam diletakkan di atas tilam anda untuk memberikan lebih banyak keselesaan dan membantu melindungi daripada habuk dan debu. Ia mudah ditanggal untuk dianginkan dan dibersihkan. Jadi, anda boleh memastikan tilam anda terasa bersih dan segar.

 

Maklumat bermanfaat - Pad tilam KNAPSTAD kami bukan sahaja busa memori yang selesa, ia juga mempunyai lapisan gel yang memastikan anda sejuk sepanjang malam. Ia sangat sesuai untuk iklim yang panas!

Pelindung Tilam

Pelindung tilam akan membantu tilam atau pad tilam bertahan lebih lama dengan melindungi daripada kekotoran dan debu. Ia mudah ditanggal dan dicuci apabila perlu, dan ia memberikan kelembutan dan keselesaan tambahan.

Produk popular


Kuilt & Bantal


Kuilt, bantal dan pelindung tilam ialah bahagian penting untuk keselesaan tidur yang lengkap. Bantal yang paling selesa untuk anda, bersama-sama kuilt yang diperbuat dengan bahan pilihan anda, dan tilam ideal ialah asas tidur malam yang sempurna.

 

Kuilt

Kuilt yang sesuai untuk anda ditentukan mengikut pilihan tidur anda. Adakah anda mudah panas atau sejuk, atau adakah anda berkongsi katil dengan orang lain? Kuilt kami dipisahkan mengikut pelbagai kadar kehangatan. Jadi, kami pasti dapat mencari padanan yang sesuai untuk anda.

Bantal

Kami menawarkan bantal pada skala lebih lembut dan lebih padat. Kami juga menyarankan tilam mengikut cara anda tidur - mengiring, baring atau meniarap. Dengan pilihan isi daripada bulu kapas dan bulu pelepah, busa memori atau poliester, dan sarung yang diperbuat daripada bahan semula jadi dan boleh diperbaharui, ia boleh menyokong hati nurani anda dan gaya tidur anda.

Produk popular


Tekstil & Linen Katil

 

Rahsia baring yang baik? Linen katil lembut yang bergaya dan mampan, kusyen yang memberikan keselesaan tambahan dan ambal yang memberikan lapisan kehangatan tambahan. Semua pada harga dan gaya yang anda mahu. Makan sarapan di atas katil pun tiada masalah.

Satu sahaja faktor paling penting untuk peralatan katil iaitu keselesaan. Semua linen katil kami sangat lembut dan selesa. Banyak dalam siri kami diperbuat daripada kapas yang mampan. Jadi, ia juga lebih baik untuk alam sekitar.

Selimut dan ambal kami mungkin cara paling mudah untuk menambah kehangatan (dan gaya) di kediaman anda - letakkannya di atas bahu anda atau di atas lulut anda, duduk bersandar dan bersantai.

 

Nikmati tidur malam lebih selesa dan tambah alas katil. Ini cara paling mudah untuk menambah sedikit kelembutan tambahan dalam hidup anda dan anda boleh menukarnya mengikut mood anda.

Tambah atmosfera, gaya dan keselesaan di bilik tidur dan kediaman anda dengan beberapa kusyen tambahan. Tukar sarung dan serta-merta anda memperoleh pengubahsuaian bilik tidur paling mudah dan paling mampu milik yang pernah anda lihat.


Semua yang anda perlukan untuk bilik tidur yang bergaya dan santai

Bangun waktu pagi dengan bergaya

Selepas anda pilih tilam anda, anda memerlukan katil yang sempurna. Kami boleh membantu anda mencari rangka yang cukup besar untuk anda menggeliat tetapi cukup selesa untuk mengerekot. Ia dibina supaya boleh bertahan bertahun-tahun - dalam gaya yang anda suka.

Halang yang luar masuk ke dalam

Semua orang suka alam sekitar tetapi di bilik tidur, elemen seperti sinaran matahari dan angin sejuk harus dibiar di luar. Siri langsir dan bidai menambah baik pemandangan anda dari dalam rumah dengan mencipta atmosfera yang indah dan memastikan anda boleh berehat tanpa gangguan dari luar.

Lembutkan langkah anda

Sama ada ia tebal, dianyam rata, bulat, segi empat sama atau kulit biri-biri, ambal mencetuskan gaya, keselesaan dan atmosfera di bilik tidur anda. Ia juga mengedap hingar dari bilik lain, atau daripada langkah pasangan anda yang kuat apabila anda tidur lebih lama pada waktu pagi.

Tetapkan mood

Sedia untuk tidur dengan mematikan lampu utama dan menghidupkan lampu sisi katil yang lebih lembut dan halus. Dengan memalapkan lampu apabila anda mahu tidur memastikan anda dapat tidur secukupnya pada waktu malam.


Adakah anda tahu?

Kelengkapan rumah IKEA, bahan kapas yang mampan

Semua kapas kami daripada sumber yang mampan.

Sejak 1 September 2015, semua kapas yang kami gunakan untuk produk IKEA datang daripada sumber yang paling lestari. Ini bermakna kapas dikitar semula, atau ditanam dengan air, baja kimia dan racun serangga yang kurang daripada biasa, sambil meningkatkan margin keuntungan untuk peladang.

Kami berbangga dengan perkembangan kami tetapi perjalanan untuk menambah baik industri kapas tidak berakhir di sini. Melalui projek di negara penyumberan kami, kami mahu menambah baik lagi kebolehuntungan peladang dan mengurangkan kesan perladangan kapas terhadap alam sekitar. Dengan berkongsi pengalaman kami dengan industri lebih luas, matlamat jangka panjang kami ialah mentransformasi seluruh pasaran kapas.



Sekiranya anda mahu tidur lena, mereka pun perlu tidur lena! Kunjungi laman web khas kami untuk Tidur malam yang sempurna untuk Kanak-kanak.


Perkhidmatan IKEA