Langkau ke kandungan utama

Panduan untuk kehidupan yang lestari

Untuk mengalami kehidupan yang sihat dan mesra alam kini adalah lebih mudah dan harganya lebih berpatutan. Panduan ini menawarkan idea praktikal yang dapat menjadikan rumah anda lebih lestari – untuk menjimatkan wang anda dan juga membantu memelihara sumber-sumber yang berharga.

Urutan petua kelestarian kehidupan di rumah termasuk mengecat semula kerusi, menutup paip dan membaharui sarung sofa.

Cara memilih bahan yang lebih lestari

Perabot dan aksesori dapat mewujudkan kesan yang besar di dalam rumah anda. Tetapi apakah kesan daripada bahan-bahan tertentu terhadap dunia di luar rumah anda? Di sini anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang beberapa pilihan yang boleh dibaharui dan dikitar semula yang tersedia.

Lihat panduan bahan yang lestari
Lampu KNIXHULT yang dibuat daripada buluh dan vas berisi bunga di atas meja sisi di bucu katil yang dilengkapi dengan tekstil katil DVALA kapas berwarna putih.
Video: Kabinet IVAR yang dibuat daripada kayu pain dilekapkan pada dinding dengan sebelah pintu terbuka sedikit, objek-objek terletak di dalamnya dan di atasnya yang berubah-ubah melalui animasi.
Lihat panduan bahan yang lestari

Cara menikmati rumah yang lebih sihat

Kurang tidur, kualiti udara yang lemah dan tidak cukup bersenam merupakan cabaran kesihatan yang dihadapi oleh ramai orang masa kini. Mujurlah terdapat penyelesaian mudah yang dapat menggalakkan kesejahteraan yang lebih baik di rumah.

Lihat panduan rumah yang lebih sihat
Bantal dan selimut
Seorang yang memakai seluar jean berwarna biru merah jambu dan kemeja-T berwarna putih memegang koleh berwarna merah jambu dan duduk di atas penyokong aktif duduk/berdiri LIDKULLEN berwarna kelabu gelap.
Lihat panduan rumah yang lebih sihat

Cara makan yang lebih lestari

Benda yang anda makan – dan benda yang anda buang – mempunyai kesan terhadap kesihatan anda, baki wang anda di bank dan alam sekitar. Panduan ini melihat sedikit perubahan kecil yang dapat anda lakukan pada tabiat makanan dan dapur anda.

Lihat panduan makanan yang lestari
Sepasang tangan menghiris daun bawang di atas landas cencang MATLUST berwarna hijau/putih, di sebelah perkakas dapur dan pelbagai jenis buah dan herba.
Video: Tindanan beberapa bekas makanan yang berlainan saiz berisi buah-buahan dan sayur-sayuran, dianimasikan naik turun.
Lihat panduan makanan yang lestari

Cara memilih perabot yang tahan lebih lama

Adakah perabot lama selalunya terpaksa dibuang? Panduan ini menangani beberapa cara yang anda boleh meningkatkan nilainya dan memanjangkan hayatnya – sama ada di rumah anda ataupun di rumah orang lain.

Lihat panduan perabot yang lestari
Video: Seorang wanita membersihkan lengan sofa berwarna kelabu lembut, mengezip sarung kusyen berwarna kelabu gelap dan kemudian duduk di atas sofa yang sama, sekarang dengan sarung berwarna merah.
Kerusi IVAR yang dibuat daripada kayu pain, dicat warna hijau selain separuh daripada satu kaki, terletak di atas surat khabar dengan satu tin cat dan berus cat.
Lihat panduan perabot yang lestari

Cara menjimatkan tenaga dan air di rumah

Tenaga dan air merupakan perbelanjaan utama untuk setiap isi rumah, serta mengenakan tekanan yang sangat besar pada sumber semula jadi. Mujurlah terdapat banyak cara yang sesuai untuk mengurangkan kos itu dengan senang.

Jari seseorang pada suis lampu kerja LED FUBBLA berwarna putih yang terletak di atas permukaan meja berwarna biru.
Video: Sebelah tangan membuka paip dapur, adegannya bertukar kepada pancuran yang mengalir dan kemudian sebelah tangan menutup model paip dapur yang berbeza.

Bagaimana untuk mengurangkan sisa di rumah

Banyak keputusan yang kita buat di rumah, seperti tidak menyusun dan mengitar semula sampah kita, boleh memberi kesan yang hebat (dan tidak diingini) kepada planet ini. Mari kita lihat bagaimana anda boleh membuat perubahan kecil dan mudah di rumah yang akan memberi kesan yang lebih positif dan berpanjangan.