Langkau ke kandungan utama

Aturkan rak anda

Kehidupan di rumah menjadi mudah - atau sekurang-kurangnya tidak menyukarkan - apabila setiap barang ada tempatnya yang khusus. Sekarang tiba masanya untuk anda berkreatif menggunakan storan untuk ruang kecil - setiap sudut ada peluang untuk dimanfaatkan!


Storan untuk Ruang Tamu yang tersusun

Adakah berada di rumah menyebabkannya lebih berselerak? Sekarang tiba masa untuk mengatasinya. Lihat pelbagai jenis storan kami yang mungkin menjadi jawapan kepada masalah susun atur anda.

Lihat selanjutnya Storan ruang tamu
Lihat selanjutnya Storan ruang tamu

Storan untuk ruang kerja yang tersusun

Sama ada anda ingin memaksimumkan ruang di pejabat kecil ataupun membuat ruang meja anda lebih cekap, kami mempunyai banyak idea untuk anda mulakan, walaupun anda bekerja dari rumah!

Lihat semua unit storan untuk ruang kerja
Lihat semua unit storan untuk ruang kerja

Storan untuk bilik tidur yang tersusun

Bilik tidur anda bukan sahaja tempat untuk tidur malam yang baik tetapi juga tempat untuk menyimpan barang-barang harian anda. Lihat semua storan bilik tidur kami dari almari pakaian, kabinet hingga penyusun atur pakaian yang sesuai dengan semua keperluan anda.

Lihat semua almari pakaian
Lihat semua almari pakaian

Storan untuk Ruang depan yang tersusun

Manfaatkan sepenuhnya helo dan selamat tinggal anda. Kenapa bazirkan masa anda mencari kunci? Dengan perabot ruang depan yang sesuai, anda boleh membuat ruang yang teratur untuk mendapatkan benda yang anda perlukan.


Penyusun atur kabinet untuk dapur yang tersusun

Apakah maknanya duduk di rumah tanpa adanya cara yang menyeronokkan untuk meluangkan masa? Sekarang tiba masanya untuk kita kembali ke dapur. Jadi lebih tersusun dengan adanya cara yang lebih menyeronokkan untuk menyediakan hidangan.


Storan untuk bilik mandi yang tersusun

Anda memerlukan lebih daripada tisu tandas. Kumpulkan keperluan anda, tetapi jangan lupa - anda perlu tempat untuk meletakkannya. Kemaskan storan di bilik mandi atau dobi anda dengan rangkaian kami.