Pencahayaan

Tak mengapa. Kami juga takutkan suasana gelap.

Pencahayaan merupakan sesuatu yang mengubah kediaman anda menjadi tempat anda melakukan aktiviti kegemaran anda - sama ada membaca buku, menyediakan makan malam atau bersantai di atas sofa. Itulah sebabnya anda akan menemui banyak cara untuk menjadikan kediaman anda lebih terang - dan cara yang efisien tenaga untuk mengekalkannya.

PENCAHAYAAN LED
Kami menggunakan lampu LED sepenuhnya
Ruang tamu bersama lampu pendan dihasilkan daripada kertas yang direnyukkan, lampu lantai bersama pengecas tanpa wayar dan dua lampu meja bersama mentol LED.
Keindahan yang lestari
Pastinya anda akan jatuh cinta dengan lampu-lampu ini. Dengan LED, anda tidak perlu memilih antara cahaya yang indah dan cahaya yang terang. Kedua-dua ciri ini wujud pada lampu yang sama. Dan itulah sebabnya kami membuat keputusan untuk menukar keseluruhan rangkaian pencahayaan kami pada LED.
Lampu LED bertahan 25 kali lebih lama dan menggunakan kurang 85% tenaga berbanding lampu pijar. Jadi, lampu-lampu kecil ini akan memberikan perbezaan yang ketara.
Dan, jika anda sudah lama terbiasa dengan lampu lama anda miliki, jangan bimbang. Tidak akan ada sebarang perpisahan berlaku. Memandangkan kami mempunyai mentol LED yang sesuai dengan lengkapan lampu anda yang sedia ada, hidup yang lebih stabil boleh menjadi mudah (dan indah) seperti menukar mentol lampu.
Candelier moden bersama tiub keluli dengan LED yang mencipta kesan pencahayaan yang mengujakan dan kelihatan seperti laluan kunang-kunang di udara.
Tidak perlu berkompromi
Candelier ÄLVSBYN yang cantik lakukan segalanya untuk anda. Anda boleh berikan sentuhan romantis pada meja makan atau baca setiap satu perkataan dari buku baharu anda. Lampu LED ini mempunyai pencahayaan yang menetapkan mood dan pencahayaan mengarah yang berfungsi.
INSPIRASI PENCAHAYAAN
5 cara menyinari hidup anda
Tiga cawan porselin digunakan sebagai lampuBalkoni yang selesa bersama kunci berangkai dengan lampu LED yang menyala, kanopi, lantera bersama lilin yang menyala dan sofa yang dipenuhi kusyen dan ambal diperbuat dari kulit kambing biri-biri.Pencahayaan GRUNDTAL dipasang di bawah kabinet dapurBilik tidur dengan katil IKEA, meja sisi, almari berlaci, semuanya daripada kayu.Ubah suai lampu dengan terendak, tapak dan kord.
KINI DI GEDUNG IKEA ANDA

Arahan jalan raya, waktu pembukaan gedung, tawaran dan aktiviti gedung