Kehidupan yang lebih terang di rumah dengan LED
Untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan gas rumah hijau, kami mengambil langkah untuk tidak menggunakan mentol lampu pijar tradisional dan menukar seluruh pencahayaan kami kepada LED yang jimat tenaga. Ini benar-benar bermakna, daripada pencahayaan dapur yang terang dan tepat sehingga kepada pencahayaan bilik tidur yang hangat dan selesa. Ia juga bermaksud menjimatkan tenaga, kualiti cahaya lebih baik dan impak terhadap alam sekitar lebih rendah. Apa kata tukar kepada LED hari ini? Ia akan mencerahkan masa hadapan dompet anda. Dan planet.


Memperkenalkan idea kami yang paling bijak.
Pencahayaan ialah bahagian penting kehidupan di rumah. Ia membuatkan rumah kita lebih selesa dan lebih selamat. Tetapi, kira-kira 25% penggunaan tenaga di dunia digunakan untuk pencahayaan. Itu banyak. Itu sebabnya mengapa kami memperkenalkan RYET, mentol LED yang menggunakan kira-kira 85% kurang tenaga berbanding mentol pijar tradisional dan tahan sehingga 15,000 jam. Itu bermaksud anda boleh membaca selama sejam setiap malam sehingga selama 41 tahun akan datang! Boleh tahan untuk pelaburan €0,99.
Tahukah anda?
-
LED sangat kecil sehingga boleh dibina di dalam hampir apa jua, menghasilkan banyak kemungkinan reka bentuk baharu.
-
Matikan pengeringan haba pada mesin basuh pinggan mangkuk anda, dan sebaliknya buka pintu untuk membolehkan pinggan mangkuk kering dengan udara. Beberapa minit tambahan tersebut boleh mengurangkan kos tenaga mesin basuh pinggan mangkuk sebanyak 15%.