Langkau ke kandungan utama

Wahah yang menenangkan

Ada kalanya kita semua memerlukan tempat untuk memulihkan tenaga kita. Cari tempat yang selesa untuk dijadikan milik anda dan wujudkan wahah anda sendiri untuk bersantai, tidur sekejap atau cuma bersendirian.

Kawasan di tepi tingkap dijadikan wahah dengan tumbuh-tumbuhan di dalam pasu CHIAFRÖN dan MUSKÖTBLOMMA, alas INGABRITTA dan kerusi rotan.
Kawasan di tepi tingkap dijadikan wahah dengan tumbuh-tumbuhan di dalam pasu CHIAFRÖN dan MUSKÖTBLOMMA, alas INGABRITTA dan kerusi rotan.

Wahah hijau yang segar dan berangin

Tumbuh-tumbuhan bukan sekadar hiasan yang indah – ia membuatkan kita berasa lebih sihat. Kelilingi diri anda dengan pokok berpasu untuk mewujudkan wahah yang segar dan berangin yang menenangkan. Gabungkannya dengan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan di dalam pasu dan kaki pokok dengan saiz yang berbeza-beza.

Lihat semua pasu bunga & pasu
Kaki pokok KYRDDPEPPAR terletak di sebelah kerusi berlengan rotan dan tingkap yang mempunyai pokok berpasu di dalam pasu CHIAFRÖN dan MUSKÖTBLOMMA.
Lihat semua pasu bunga & pasu

Jadikannya lebih selesa lagi

Tahukah anda apa yang dapat menjadikan kerusi berlengan kegemaran anda lebih selesa lagi? Alas lembut dalam warna sejuk yang menyegarkan untuk musim bunga. Rebahkan diri ke kerusi anda sambil membaca buku yang bagus, kenakan alas di bahu anda atau kaki anda dan nikmati suasananya.

Lihat semua selimut & alas
Kerusi berlengan BUSKBO dengan alas INGABRITTA berwarna biru pucat dikelilingi oleh pokok berpasu di hadapan tingkap yang terang.
Lihat semua selimut & alas