Langkau ke kandungan utama

Cara merancang, membeli, dan menghias dapur IKEA sendiri

Dapur IKEA direka bentuk untuk dipasang oleh anda sendiri.

IKEA menyediakan anda reka bentuk dapur yang cukup mudah agar anda boleh memasangnya sendiri. Sama ada dapur anda besar atau kecil, kami menawarkan produk dapur terselaras yang akan menyokong setiap keperluan anda. Jadi, mari kita bermula!

Langkah 1 - Ukur dapur anda

Luangkan masa yang banyak untuk mengukur dengan tepat. Pastikan ukuran reka bentuk dapur anda dalam milimeter supaya dapur baharu anda muat dalam ruang anda. Beginilah cara untuk melakukannya.

01 Mula dengan mengukur lantai hingga siling. Kemudian jarak di antara dinding dan dari penjuru ke pintu.

02 Ukur setiap tingkap dan jaraknya dari lantai, siling dan penjuru bilik anda. Lakukan perkara yang sama untuk pintu.

03 Tandakan apa-apa sahaja yang terjulur keluar ke dalam bilik, contohnya paip, dan juga kedudukan alur keluar kuasa, suis lampu, longkang dan bekalan air (yang ada dan juga yang baharu).

04 Mula dengan mengukur permukaan atas kerja anda dari penjuru yang ia akan bercantum dengan dinding. Pastikan anda mengambil ukuran di sepanjang dinding dan sentiasa bermula dari titik yang sama.

05 Apabila mengukur kedalamannya, mula dari dinding dan ukur ke luar. Jangan lupa tambah 15 mm untuk unjuran.

06 Jika anda perlu mengukur permukaan atas kerja bebas (contohnya, pulau dapur), cuma mula dari satu hujung dan tambah 30 mm untuk unjuran.


Langkah 2 - Rancang dapur anda

Apabila merancang dapur anda, fikirkan tentang tiga zon kerja: penyediaan dan memasak (warna merah), membasuh (warna biru), dan storan makanan (warna hijau). Cara anda menempatkan zon kerja anda dan jarak di antara satu sama lain dipanggil segi tiga kerja.

01 Segi tiga yang berfungsi dengan baik dalam reka bentuk dapur dapat membantu anda beralih dengan cepat dan senang daripada satu kerja kepada kerja yang lain - dan ia memudahkannya jika terdapat lebih daripada seorang di dapur melakukan kerja yang berbeza pada masa yang sama.

02 Dapur sebaris adalah sempurna apabila ruang terhad. Sebenarnya ia bukanlah segi tiga tetapi tiga titik tersebut masih bersambung.

03 Reka bentuk dapur selari adalah hebat jika anda mempunyai ramai orang memasak pada masa yang sama. Terdapat juga banyak ruang untuk penyediaan dan storan makanan.

04 Reka bentuk dapur L menggunakan penjuru sepenuhnya. Ia juga ideal jika anda mahu menambah meja makan atau pulau dapur kecil.

05 Jika anda ada ruang, menambah pulau dapur di dapur anda memberi anda storan tambahan dan banyak ruang kerja - di samping tempat bersosial yang hebat. Adakan jarak 1200 mm di antara pulau dapur dan kabinet lain untuk bergerak dengan bebas.

06 Jika anda ada bilik besar, susun atur berbentuk U adalah hebat. Ia memberi anda ruang maksimum dan banyak pilihan storan.

Merancang dapur METOD anda

Apabila merancang barang-barang yang harus terdapat di dalam kabinet anda, fikirkan tentang cara anda mahu menggunakannya dengan cara yang sebaik mungkin berdasarkan keperluan peribadi anda.

Memasang kabinet dapur METOD anda

Untuk memasang kabinet dapur anda, anda hanya perlu memilih:

1. Rangka kabinet mengikut kelebaran dan kedalaman yang anda ingini.

2. Kelengkapan dalaman atau laci yang menyimpan item-item anda.

3. Bahagian hadapan laci yang menetapkan gaya dan warna dapur anda.

4. Siap - penyelesaian kabinet dapur yang lengkap.


Langkah 3 - Pesan dan bawanya pulang

Kami mengesyorkan supaya anda mengunjungi gedung IKEA berdekatan anda dan berjumpa dengan pakar dapur kami dahulu bagi memilih reka bentuk dapur yang tepat untuk rumah anda. Mereka akan membantu anda menangani apa-apa yang anda tidak pasti, dan akan meneliti pelan anda untuk memastikan semuanya muat dan sesuai.


Langkah 4 - Pasang dapur anda

Mula dengan mengambil panduan pemasangan dapur IKEA di gedung IKEA berdekatan anda atau memuat turun versi digital di laman web kami. Panduan ini menunjukkan cara memasang dapur anda sendiri, langkah demi langkah. Selain itu, penting bahawa anda mematuhi arahan pemasangan yang disertakan di dalam bungkusan produk.



Perkhidmatan kami

Biar kami membantu anda.

Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk memudahkan lagi hidup anda. Untuk butiran lanjut, bercakap dengan pekerja di gedung IKEA atau layari IKEA.my/services.

Perancang dapur

Rancang dapur anda sendiri

Mula sekarang

Rancang dapur atas talian

Biar kami bantu merancang dapur anda dari jauh

Lihat selanjutnya

Rancang dapur di gudang

Kunjungi pakar perancang dapur kami di gedung berhampiran

Tempah slot anda

Pemasangan dapur

Pastikan dapur anda dipasang mengikut plan

Ketahui selanjutnya

Jaminan 25 tahun

Merangkumi kecacatan pada bahan dan hasil tangan

Ketahui selanjutnya

Pelan pembayaran ansuran

Bahagikan kos dapur impian anda kepada 6, 12 atau 24 bulan

Ketahui selanjutnya

Penghantaran ke rumah

Kadangkala idea anda lebih besar dari kereta anda

Lihat selanjutnya

Juga terdapat dalam format yang boleh dicetak

Semua yang anda dapati disini boleh dimuat turun dan dicetak supaya anda boleh membawanya bersama sebagai panduan apabila anda ingin mula merancang dapur idaman anda.