Langkau ke kandungan utama

Ruang depan keluarga yang memudahkan persiapan untuk keluar

Rumah penuh? Penyelesaian pintar ini untuk ruang depan yang sempit boleh membantu keadaan berjalan dengan lancar untuk semua orang. Perabot dwifungsi, tempat yang ditetapkan untuk item-item harian dan storan yang boleh disesuaikan – semuanya pada harga yang membantu anda menjimatkan lebih banyak wang – mengharmonikan keadaan kelam-kabut pada waktu pagi.

Ruang depan keluarga dengan jaket tergantung pada cangkuk dan para berwarna putih, kasut di atas unit rak logam, bangku panjang storan berwarna putih.
Ruang depan keluarga dengan jaket tergantung pada cangkuk dan para berwarna putih, kasut di atas unit rak logam, bangku panjang storan berwarna putih.

Tempat capai dan pergi

Jadikan waktu pagi berjalan dengan lancar dengan rak yang mempercepat pengambilan topi dan kot. Ia menjadikan item-item yang selalu digunakan mudah dicari dan dicapai apabila tiba masanya untuk meninggalkan rumah. Terdapat juga banyak ruang di atas untuk menyimpan kotak dan item-item bermusim.

Lihat semua cangkuk & penyusun atur dinding
Dua rak topi dan kot berwarna putih tergantung pada dinding berwarna kuning air dengan jaket, topi, topi keledar, beg dan kotak terletak di atasnya.
Lihat semua cangkuk & penyusun atur dinding

Tiada lagi timbunan kasut yang berselerak

Atur kasut seluruh keluarga menggunakan unit rak OMAR. Dengan para dan kaki boleh laras yang dapat berdiri di atas lantai yang tidak rata, anda boleh memiliki tempat yang kemas untuk kasut semua orang.

Lihat sistem OMAR
Dua unit rak logam bersandar di penjuru dengan kasut terletak di atasnya, pokok di tepi tingkap dan rak kot dan topi berwarna putih.
Lihat sistem OMAR

Storan kasut dan bangku panjang disatukan

Di ruang depan yang kecil, perabot dwifungsi adalah penting. Bangku panjang dengan petak storan ini merupakan storan untuk kasut keluarga dan juga tempat untuk duduk semasa memakai kasut. Selain itu, pintu gelangsar sangat berguna untuk ruang kecil.

Lihat semua rak kasut & penggantung
Bangku panjang dengan pintu gelangsar berwarna putih mendedahkan kotak berwarna putih dan kasut di dalamnya. Peti biola dan beg galas berwarna merah terletak di atasnya.
Lihat semua rak kasut & penggantung

Senyuman setiap kali anda pulang dan pergi

Aktiviti selepas sekolah, surat penting dan lukisan panda yang lucu yang membuatkan anda tersenyum. Papan memo membantu mengetahui jadual keluarga tetapi juga dapat berfungsi sebagai peringatan harian tentang hal-hal yang gembira dalam kehidupan.

Lihat semua papan kenyataan
Papan memo berwarna hitam dengan lukisan, gambar dan magnet. Bangku panjang dengan storan berwarna putih di bawahnya.
Lihat semua papan kenyataan

Periksa penampilan anda, capai kunci anda

Apabila terdapat tempat yang ditetapkan untuk menggantungkan kunci anda, besar kemungkinan anda tidak akan tersalah letaknya semula. Cermin yang juga berfungsi sebagai tempat letak kunci membolehkan anda melihat pakaian lengkap anda sebelum keluar.

Lihat semua cermin dinding
Cermin berengsel berwarna hitam mendedahkan cangkuk dengan kunci tergantung padanya di belakang. Papan memo dengan lukisan dan gambar.
Lihat semua cermin dinding

Ubah ruang yang tidak digunakan menjadi storan yang berguna

Ada ceruk luar biasa di ruang depan anda? Anda boleh menggunakannya sebagai storan tambahan untuk menyimpan pakaian bermusim atau kelengkapan senaman dengan menaik tarafnya menggunakan kombinasi almari pakaian PLATSA.

Lihat sistem PLATSA
Kombinasi almari pakaian berwarna putih dinaik taraf pada ceruk luar biasa di ruang depan, lantai kayu, beg galas berwarna merah.
Lihat sistem PLATSA