Tidur lebih baik. Hidup lebih baik.
Bayi & Bayi Baru Lahir | Kanak-kanak
Tidur malam yang lena adalah sesuatu yang tidak ternilai. Badan kita paling memerlukannya. Kami bersedia membantu anda mencari semua yang anda perlukan untuk mencipta tempat tidur yang selamat dan selesa yang sesuai dengan identiti unik anak anda.
Di IKEA, kami mengutamakan keselamatan anda.
Untuk Bayi & Bayi Baru Lahir
Katil bayi dan tilam katil bayi ialah asas siri Peralatan Tidur Bayi IKEA, dan anda tidak perlu risau kerana ia diuji secara ketat untuk memastikan keselamatannya. Di bawah ini anda boleh mencari semua yang anda perlukan untuk mencipta bilik tidur kanak-kanak yang anda sentiasa impikan.
Untuk Kanak-kanak
Selepas kanak-kanak melepasi peringkat bayi, mereka mungkin tidak akan tidur di katil bayi lagi! Apabila tiba masa ini, anda perlu pertimbangkan katil junior, katil boleh dipanjangkan atau sesuatu yang lebih besar - lengkap dengan siri tekstil katil, kuilt, bantal berwarna-warni dan tilam yang selesa mengikut pilihan anak anda.
Kategori berkaitan
Rakan sedap dipeluk untuk masa tidur
Tidak kira umur anak anda, mereka tidak perlu tidur berseorangan. Cari teman sedap dipeluk untuk menemani mereka sepanjang malam.
Biar ada cahaya
Tahap pencahayaan lebih rendah akan membantu anak anda tidur tetapi jangan padamkan terus cahaya apabila mereka sudah tidur (mereka biasanya pergi ke tandas ketika tengah malam)!
Bilik penuh keseronokan di dalam bilik
Kadang-kadang, kanak-kanak mahu ruang peribadi mereka sendiri. Di sini, anda boleh mencari pelbagai cara untuk menceriakan lagi bilik anda.
Udarakan linen dan tilam anda secara tetap
100% komited terhadap kapas yang mampan
Di IKEA, kami mengutamakan produk yang selamat dan sihat. Kami mahu meminimumkan penggunaan bahan kimia yang memudaratkan dalam semua produk kami terutamanya produk yang melibatkan kanak-kanak.
Namun begitu, spora kulat ada di sekeliling kita. Dalam keadaan lembap yang betul, spora ini akan melekatkan dirinya dengan bahan organik dan mula tumbuh sebagai kulat yang boleh dilihat. Anda boleh minimumkan kesan lembapan dengan mengudarakan tilam dan linen katil secara tetap.
Kapas ialah satu daripada bahan mentah paling penting. Anda boleh menemuinya dalam banyak produk, daripada sofa dan kusyen hingga cadar dan tilam.
Kami berkomitmen untuk menggunakan kapas yang ditanam dengan cara bertanggungjawab sahaja dalam produk kami demi manfaat pelanggan dan planet.
Anda juga mungkin berminat dengan
Ibu bapa pun memerlukan tidur! Sekiranya anda mahu inspirasi peralatan tidur selanjutnya, kunjungi halaman khas kami pada Tidur Malam yang Sempurna untuk Orang Dewasa.